Kadar kenaikan Berat Badan Semasa mengandung

Hai ibu-ibu semua! Mesti semua yang pernah buka buku merah jambu pernah ada banyak pengalaman tentang kenaikan berat badan semasa mengandung kan? Ada yang 'naik' banyak sangat berat Ada yang 'turun' berat Ada yang 'tak naik-naik' berat Serba salah dibuatnya kan? Kenapa sangat penting bagi ibu mengandung memastikan kenaikan berat badan yang sihat? Ini adalah untuk memastikan perkembangan janin yang sihat dan mengekalkan kesihatan ibu di tahap optimum. Hari ini kita kongsikan kepada semua ibu dan bakal ibu mengenai kenaikan badan yang 'sihat' sepanjang tempoh mengandung. Kenaikan berat badan yang sihat ini bergantung kepada BMI kita semasa kita booking di pemeriksaan antenatal yang pertama.

Kadar kenaikan Berat Badan Semasa mengandung
2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Berat masa buka buku (12 weeks) - 62kg Berat 10 hari sebelum bersalin (36 weeks) - 71.5 kg

VIP Member

🙋 lebih berat badan. Buka buku 76kg beranak 79kg.