Sepatutnya anak no 2 lahir 2023 tapi dia lahir 2022

Hai ibu ibu di sini, sesiapa nampak posting ni boleh tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk anak syurga saya yg ke dua boleh ke. Sepatutnya dia lahir 14/04/2023 tapi di sebabkan ada masalah masa 20minggu pada 07/12/2022 saya lahirkan dia secara normal terpaksa induce 16 kali kerana bayi saya dah meninggal dalam perut masa 29/11/22. Mungkin dah ketentuan dari Allah jadi kami terima dengan redha. Anak saya di sebabkan ‘hydrops fetalis’ luluh hati tengok rupa dia ketika lahir, tapi alhamdulillah sangat lega dapat lahirkan dia. Moga di tenang di sana. Terima kasih sudi baca kisah saya. Doakan semoga saya sentiasa kuat.

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Al-Fatihah untuk baby awak.. semoga awak dan suami tabah yer.. ada rezeki lain lepas ni.. in syaa Allah.. maaf yer bertanya.. kalau boleh tahu bila detect ada masalah tu dan macam mana tahu?

VIP Member

Allahu. Innalillahiwainailaihirojiun. Salam takziah sis. Smoga kuat n tabah melalui ujian ni. 🤍

TapFluencer

Semoga terus cekal & tabah ya mommy 🤍 Al-Fatihah utk anak syurga 💕

tarikh due sma dgn sy 14/4 .. innalillah salam takziah sis ..

Salam takziah untuk awak dan suami. Semoga terus kuat.