Sesi Tanya Pakar bersama Puan Suraya, Pakar Sonografer Klinik MyFamily Sonoworld

Hai ibu bapa yang dikasihi! Kini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai detail scan pada trimester ke-2 kandungan bersama kami dalam Sesi Tanya Pakar. Sesi Tanya Pakar pada kali ini kami bawakan kepada anda, Puan Suraya Sulaiman Khan; Pakar Sonografer dari Klinik MyFamily Sonoworld. Puan Suraya akan aktif berinteraksi dengan anda semua di aplikasi kami. Inilah masa dan peluang untuk anda tanya soalan di ruangan komen bawah! *𝐍𝐎𝐓𝐀 : Sebarang pertanyaan diluar topik tidak akan dijawab dan akan dibuang daripada ruangan komen. Soalan yang ditanya selepas pukul 3 petang juga berkemungkinan besar tidak akan dijawab oleh pakar.

Sesi Tanya Pakar bersama Puan Suraya, Pakar Sonografer Klinik MyFamily Sonoworld
25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

assalamualaikum puan, nak tanya, normal ke klau baby punya kepala kurang gerak bila masa scan? around 24 weeks mcmtu.. tapi bahagian line aktif.. cuma dia sentiasa di bawah.. sy dh buat details scan, dan semuanya normal.. boleh minta penjelasan tak.. terima kasih..

5y ago

Wsalam puan, Pergerakan baby memang tidak menentu. Jika detail scan untuk lihat brain abnormality sudah dibuat, biasanya tiada masalah.