Sesi Tanya Pakar bersama Puan Suraya, Pakar Sonografer Klinik MyFamily Sonoworld

Hai ibu bapa yang dikasihi! Kini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai detail scan pada trimester ke-2 kandungan bersama kami dalam Sesi Tanya Pakar. Sesi Tanya Pakar pada kali ini kami bawakan kepada anda, Puan Suraya Sulaiman Khan; Pakar Sonografer dari Klinik MyFamily Sonoworld. Puan Suraya akan aktif berinteraksi dengan anda semua di aplikasi kami. Inilah masa dan peluang untuk anda tanya soalan di ruangan komen bawah! *𝐍𝐎𝐓𝐀 : Sebarang pertanyaan diluar topik tidak akan dijawab dan akan dibuang daripada ruangan komen. Soalan yang ditanya selepas pukul 3 petang juga berkemungkinan besar tidak akan dijawab oleh pakar.

Sesi Tanya Pakar bersama Puan Suraya, Pakar Sonografer Klinik MyFamily Sonoworld
25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Apa beza antara NT scan dengan Detailed scan? Maaf agak keliru dua-dua ni sebab ada yang bagitau berbeza

5y ago

NT scan dibuat semasa 11 minggu ke 13 minggu 6 hari. Detailed scan semasa baby 18 minggu ke atas. NT scan untuk lihat risiko kecacatan kromosom. Its only accurate about 70%. Detail scan untuk lihat kecacatan struktur badan baby. Accurate about 80%. Jika bayi ada masalah kromosom, contohnya sindrom down, NT scan mungkin abnormal, tetapi detailed scan mungkin normal, jika baby itu tak mempunyai masalah struktur badan yang lain.