Sesi Tanya Pakar bersama Puan Suraya, Pakar Sonografer Klinik MyFamily Sonoworld

Hai ibu bapa yang dikasihi! Kini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai detail scan pada trimester ke-2 kandungan bersama kami dalam Sesi Tanya Pakar. Sesi Tanya Pakar pada kali ini kami bawakan kepada anda, Puan Suraya Sulaiman Khan; Pakar Sonografer dari Klinik MyFamily Sonoworld. Puan Suraya akan aktif berinteraksi dengan anda semua di aplikasi kami. Inilah masa dan peluang untuk anda tanya soalan di ruangan komen bawah! *𝐍𝐎𝐓𝐀 : Sebarang pertanyaan diluar topik tidak akan dijawab dan akan dibuang daripada ruangan komen. Soalan yang ditanya selepas pukul 3 petang juga berkemungkinan besar tidak akan dijawab oleh pakar.

Sesi Tanya Pakar bersama Puan Suraya, Pakar Sonografer Klinik MyFamily Sonoworld
25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Assalamualaikum nak tanya. Kalau kita dah buat detail scan dan doctor pakar sono kata baby alhamdulillah ok. Ada peluang ke baby ada masalah lain. Down sindrom atau apa2. Sebab NT scan dengan Detail Scan katanya lain2

5y ago

Wsalam Puan Manishya, Ya, NT scan dan Detail Scan adalah lain. Detail Scan untuk lihat struktur badan baby dan NT scan untuk lihat masalah genetik. Jika baby ada masalah genetik, tetapi struktur badan baby normal, Detail Scan tak dapat pick up.