Week 5 demam

Hai, ada tak mommy² kat sini demam bila dapat tahu pregnant? Saya start drpd dapat tahu pregnant sampai sekarang demam, batuk selsema. Check covid -ve. Kalau ada yg sama demam jugak agak² berapa lama boleh sembuh balik? #demamsemasamengandung

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Normal je sis. Awal mengandung memg badan terdedah kepada penyakit sikit. Sebab imunisasi badan tengah lemah. Jangan risau ya, pergi klinik beritahu dr berapa minggu sis mengandung dan beritahu dr sis demam, batuk n selesema. Nanti dr akan beri ubat yg selamat untuk ibu mengandung. Sebab mengandung ni tak boleh makan sebarang ubat. Bahaya untuk tumbesaran janin. Dan berkemungkinan dr takkan bagi ubat batuk. Sebb ubat batuk tak sesuai makan ketika hamil. Jadi sis boleh ikhtiar cara tradisional dengan cara, makan madu. Biasanya dalam 1-2 minggu sahaja jangkitan ni. Sabar ya.. banyakkan minum air suam. Tuk selesema, boleh wap muka supaya lebih rasa lega. kalau gatal sgt idung x tahan boleh beli Sinus Rinse Jenama NeilMed. Bagitahu farmasi awak mengandung. Nanti diorg akan bagi awak model yg sesuai tuk ibu mengandung.

Baca lagi

smelah.. demam 1 minggu lepas cek upt positif terus dpt alahan.. lepas 1 minggu demam,batuk2...mse demam tu cek covid test dua kali result -ve tp lepas demam jadi +ve..tmbh lg demam 1minggu so 2 minggu demam.. start minggu ke dua tu terus masuk hospital sbb alahan teruk sgt dan demam covid tu...

TapFluencer

Hi mommy. Saya demam sebelum dapat tahu pregnant. Bila pergi klinik dah 2w . 3-5 hari juga demam tapi kerap sakit kepala. Masa pregnant agak kerap saya demam. Kena banyak minum air ya mommy. Kalau tk larat boleh baring tapi kena buat kerja juga tapi jangan buat kerja berat

Tu salah satu tanda prgant jugak sis, normal, saya awal prganant, malam je badan panas, siang okey je, Malam tu selaly berselimut tebal. Saya tak selsema and batuk, tapi hidung saya selalu tersumbat. Sis boleh ke klinik, doc akan bagi ubat yang sesuaii.

saye vru baik demm jgk 😣 https://chat.whatsapp.com/FePISVxmiCVFZ3Y3DM03L0 Group ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi semangat dan berkongsi cerita tentang baby & journey kehamilan 2023 💟 Copy & share bg ramai yg join group 0 sbb baru buat

Baca lagi

sy mase awal² tau pregnant badan dedor mcm nak demam, seram sejuk gitu.. tp xteruk la..

hai mommy kalau rasa xlart sngt pegi hospital yea...awl2 kndungan ni kne bnyk badrest