list

hai, ada sesiapa list untuk delivery tak ? tak nak membazir bila beli barang. nak beli yg wajib je. ?? g survey barang semua nampak menarik.

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Beli pampers newborn banyak packet terus , 4 packet ke sebab dalam tempoh pantang baby berak banyak . Pad pun beli satu bundle terus , dua pun boleh . Baju newborn beli sikit je . Baby sebulan nanti dah tak muat . Pump , ikut , kalau rasa rajin nak pump dan bekerja beli lah , macam saya malas , saya beli tapi dah jual balik , sekarang saya guna collector. Thermos , heater untuk guna kat bilik . Lapik tukar lampin sebab baby kadang kencing lepas mandi . Minyak telon . Tungku . Bengkung . Set param , pilis , tapel . Stokin pantang . Jamu . Ubat lembut kan najis dan lawaskan . Putik kapas untuk bersihkan celah celah baby . Cream untuk ruam baby . Tuam baby . Barut . Sarung kaki tangan . Napkin . Kurma . Milo . Nursing bra , kalau awak cup b cari cup d ke . Atau beli bra baru yang size lagi besar . Scrub . Herba mandian . Minayk panas atau boleh guna param tu je . Nappy cream , tapi ni saya tak guna pun ebab anak saya perempuan dan dia tak naik ruam pun kat private part dia . Wipes . Spray air .

Baca lagi