Saya nak tanya, saya dah hamil 20 minggu. tapi harini dah 6 hari cirit ...ada memulas jgk.normal ke?
uishhh tahan betul badan awak sampai 6hari boleh tahan 😂 sy 2hari cirit birit dh lemah dh badan terus ke klinik/farmasi beli ubat . Jgn biar cirit lama2 bahaya untuk badan kita & kandungan kita . Cirit sampai 6hari ni xnormal dh kena ke klinik
x normal sis. sya haritu kena macm ni. 4 hari kena warded. byk risiko kalau kta cirit msa preggy ni sis. takut kta dehydrate.. takut kta kekurangan garam juga. . harus k hospital atau clinc terdekat ya sis. semoga d permudahkan sis dan baby🥰
sye pernh cirit juga , tp x lebih 2 hari . and sehari tu dlm 2 3 Kali je cirit nye . tp kalau awk ni memg kne jmpe doctor jugak tuh 😅 . moga cept sembuh ya
6hari dh tu..Sis xpi klinik ke..check dgn Dr la..jgn biar je, klau dh tahap memulas n cirit smpai 6hri..
sis pregnant ke x pregnant ke kalau cirit sehari lebih 5 kali pun dah bahaya. apatah lagi berlanjutan sampai 6 hari
better g jumpa doc dptkn rawatan .mg cpt sembuh dan dpmudahkan segalanya Allahuma aamiin
Kemungkinan keracunan makanan. Yg memulas tu dah okay x? Kalau cirit mmg akan ambi masa.
lebih 3 hri pn dh bahaya awk , ni klau dctor thu confirm awk dh kena marah
sy dah pg klinik dan dr dah bg ubat tp x hilang ciritnya...
Sis cuba buat teh o buat pekat pekat without gula. Dulu saya pun masa 20w plus, kena cirit birit. Dah g klinik minum air garam pun tk. Last saya buat teh o je. Buat pekat pekat. Pastu minum sekali je dah ok cirit tu. And masa checkup saya ada ckp la saya cirit birit, and nurse cakap bahaya kalau preggy cirit birit. Sbb cirit birit pun salah satu tanda beranak.
kalau tak pregnant pon , tetap bahaya sis..