Nk tnya klinik swasta untuk ibu bersalin area ampang kat mne erhh🥹sbb mlas nk pergi hospital ..

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Biarla dia nk bersalin kat swasta . Ade je org sbuk tanya kpa dan kpa xbersalin kat hospital kerajaan. Tanya lagi kpa malas.. dh org tu ade duit lebih dia nk la bersalin kat swasta.. sbb layanan kat swasta tu first class tak mcm hosp kerajaan. Faham???? I pun kalau ade duit lebih mmg nk bersalin je kat swasta tu.. sibuk je la nk tanya kenapa. Kenapa.. kenapa awak2 yg tanya tu cemburu ke xdpt nk bersalin kat swasta?? Mmpu bersalin kat hosp kerajaan je .. gitu???

Baca lagi
9mo ago

sy beranak swasta alhamdulilah mampu kumpul and allah bagi rezeki. bukan tak tahu kerajaan ada banyak pakar dan facilities but sy faham maksuk tt ni. saya cakap jujur kat sini saya decide beranak anak2 kat swasta sebab saya malas nak hadap drama kat GH. drama yg dimaksudkan adalah seperti wad penuh kena tunggu turn lama sampai tidur atas kerusi je kat PAC, dan juga drama layanan nurse2 or doc seperti yg diperkatakan oleh kenalan2 yg pernah mengalami. sy beranak kalau boleh bukan la nk layanan mcm ratu tapi cukup la dilayan mcm sepatutnya. dah la sakit pastu dilayan pula lebih kurang buat sakit hati. atas sebab2 ni la sy dn suami pilih swasta. biar la poket koyak dari saya trauma pengalaman bersalin yg menyakitkan hati. tapi sy bukan pukul rata ya. saya tahu tak semua ada pengalaman buruk bersalin kat GH. tapi mcm saya katakan tadi saya malas nak hadap kemungkinan drama2 seperti yg sy nyatakan. alhamdulilah walaupun beranak tu mmg la sakit tapi setakat ni tade lagi timbul rasa menyesal

Sy sarankan kalau nk swasta baik pergi hospital swasta. Mcm kak ipar sy, beranak kt klinik first baby anak besar. Klinik ckp klo xleh teran jugak kene byk g hsptl kerajaan sbb kt klinik dia xde mende vacuum tu. Dahla beranak situ normal dh 2k lebih pastu nk tolak ke kerajaan . So better awk g hspital swasta kalau ada duit lebih. Harga pon lebih kurang je ngn klinik.

Baca lagi
9mo ago

setuju sangat, nak swasta baik cari hosp swasta yg ada nicu, apa2 kecemasan libatkan baby boleh bertindak cepat, klinik tak lengkap. bila kita nasihat ada pulak yg backup kata ada ambulance la, dengki sebab dia mampu bersalin swasta la. saya paling utamakan keselamatan baby.

dah kenapa taknak bersalin hosp, anak tu kalau keluar ada masalah pernafasan ke apa2, klinik bersalin mana ada nicu urgent nk rawat. kalau banyak duit pergi hosp swasta yg ada nicu. kalau tak banyak duit bersalin di gov hosp. jadi mak kena utamakan anak, bukan utamakan malas diri sendiri.

9mo ago

kalau nak bersalin dengan worst case possible in mind, seeloknya di hospital lah. atas masing2. ada yg anggap bersalin ni medical situation, ada yg anggap it's a physiological situation. pendapat saya sendiri, it's a physiological thing. tak perlu doktor pakar kecuali kalau assessment doktor sepanjang pregnancy tu memang menunjukkan akan ada masalah nanti, atau kalau terlalu banyak intervention dari doktor sepanjang tempoh bersalin tu ie induce, assisted birth, episiotomy, birthing position etc. kadang untuk elakkan semua tu, orang prefer shop for doctors instead of tempat bersalin tu sendiri. and selalunya doktor2 yg support physiological birth ni tak practice kat hospital2 besar sebab terikat dengan polisi2 hospital yg outdated.

TapFluencer

Haha. Ada je klinik bersalin swasta mcm kat Seremban ni. Belum naik taraf hospital. Mungkin ada yg tak tau ada klinik bersalin. Hehe

Ada ke klinik swasta utk bsalin? Rasanya hospital bersalin swasta ade la.. yg khusus utk bersalin.. tp yg sye tw bkn area ampang..

9mo ago

tq info;)

Tak pasti. Saya tahu KPJ Ampang Puteri dengan Pantai Ampang je. Cuba awak Google klinik berhampiran rumah awak. Confirm keluar.

9mo ago

dewan bersalin muslimah batu caves ada doktor hamiza. antara doktor yg highly recommended untuk sesiapa yg mencari doktor yg gentlebirth-friendly. rumah bersalin beruntung di rawang pun antara yang bagus. tapi tak ingat apa nama doktor dia.

TapFluencer

akak ipar duduk ampang haritu bersalin di hospital al-islam kampung baru. bagus juga kata dia

9mo ago

tak sure lah sis tak sembang pula bab tu 😅

sy dlu pun pernah bersalin klinik al farabi Kuantan..khas utk bersalin

boleh tau knpa taknak bersalin kt hospital? ☺️

9mo ago

Mungkin dia nk keselesaan dan dpt layanan first class, kalau hosp krajaan mmg xdpt la layanan mcmtu. Dia ade duit lebih biarkan la , selagi dpt jwpn awk tu awk xdpt tdor mlm ke ?

VIP Member

Joe Medical Centre 🥰 tempat lahir saya 🤗

9mo ago

saya tak pasti, tak pernah tanya mak saya tentang tu..