pantang berapa lama?

first mom here. nak tanya, usually berpantang berapa lama eh? i mean berpantang yg duduk rumah, jaga makan etc, pakai stokin, berurut etc etc? 44 hari je kan? yg pantang 3 bulan tu pantang apa ye? haha jangan kecammm pls 🥹 ##sharing #First_Baby #firstmom #Berpantang

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Bagi saya tiada istilah berapa hari pantang. Saya tak duduk rumah sahaja sepanjang selepas bersalin; saya ke klinik, saya slow walk di laman rumah untuk dapatkan Vitamin D, 2 minggu di rumah mertua, saya balik ke rumah sendiri, sebulan lepas bersalin saya slow walk di taman awam. Jaga pemakanan seumur hidup. Pakai stokin, kat rumah mertua suasana panas. So tak pakai stokin hingga mertua tegur. Kalau saya tak selesa, memang tak pakai stokin. Kat rumah sendiri, pakai stokin sbb suasana sejuk. Berurut, lepas 2 minggu bersalin baru urut sbb czer dan waktu tu musim cuti raya. Berurut 3 kali dlm tempoh 2 minggu tu. Fokus utama saya selepas bersalin ialah pemulihan diri saya dgn baik, elakkan jangkitan penyakit (so tak pergi tempat ramai orang, orang nak sentuh baby, saya minta basuh tangan. Tetamu tiada peluk cium saya), tumbesaran anak sihat wal afiyah, penyusuan susu ibu dgn tenang. Dlm masa tu saya belajar penyusuan susu ibu dgn betul, belajar tenangkan dan tidurkan anak, belajar tenangkan diri dlm menguruskan diri dan anak dan mengurus keperluan suami. Serius totally kehidupan baru. Uruskan fizikal mental, emosi. Selain tu buat pelan ganti puasa (saya sarat dan bersalin semasa Ramadan) , bayar fidyah.

Baca lagi
9mo ago

Emergency czer