pantang berapa lama?
first mom here. nak tanya, usually berpantang berapa lama eh? i mean berpantang yg duduk rumah, jaga makan etc, pakai stokin, berurut etc etc? 44 hari je kan? yg pantang 3 bulan tu pantang apa ye? haha jangan kecammm pls 🥹 ##sharing #First_Baby #firstmom #Berpantang
Bagi saya tiada istilah berapa hari pantang. Saya tak duduk rumah sahaja sepanjang selepas bersalin; saya ke klinik, saya slow walk di laman rumah untuk dapatkan Vitamin D, 2 minggu di rumah mertua, saya balik ke rumah sendiri, sebulan lepas bersalin saya slow walk di taman awam. Jaga pemakanan seumur hidup. Pakai stokin, kat rumah mertua suasana panas. So tak pakai stokin hingga mertua tegur. Kalau saya tak selesa, memang tak pakai stokin. Kat rumah sendiri, pakai stokin sbb suasana sejuk. Berurut, lepas 2 minggu bersalin baru urut sbb czer dan waktu tu musim cuti raya. Berurut 3 kali dlm tempoh 2 minggu tu. Fokus utama saya selepas bersalin ialah pemulihan diri saya dgn baik, elakkan jangkitan penyakit (so tak pergi tempat ramai orang, orang nak sentuh baby, saya minta basuh tangan. Tetamu tiada peluk cium saya), tumbesaran anak sihat wal afiyah, penyusuan susu ibu dgn tenang. Dlm masa tu saya belajar penyusuan susu ibu dgn betul, belajar tenangkan dan tidurkan anak, belajar tenangkan diri dlm menguruskan diri dan anak dan mengurus keperluan suami. Serius totally kehidupan baru. Uruskan fizikal mental, emosi. Selain tu buat pelan ganti puasa (saya sarat dan bersalin semasa Ramadan) , bayar fidyah.
Baca lagisy bersalin czer, pantang 60hari. Tpi x lah ddk rumah je😆😆lepas kluar dri hosp dlm seminggu sy ulang alik g klinik sbab ank kena kuning. Bab stokin pula sy pkai x lama, dlm 2mnggu gitu sy buka sbab kat rumah pnas & sy x selesa. Sy x berurut cuma jaga mkn je & sbab sy czer sy byk brjln (jln2 kat rumh). Bab mandi pula, ada org ckp kena tnggu dlm 2mnggu gitu baru boleh cuci rmbut😆tpi sy seminggu dah cuci sbab sy x selesa & panas (btw sy tggl rumah flat tingkat ats sbabtu panas). Sy pastikn spnjg sy pantang sy aktif utk elak darah beku lgi2 sy czer😆2minggu tu sy dah okay sikit bjln, sblm tu trpksa bongkok sikit sbab perut sakit. Apapun yg pnting spnjg pantang jgn stress2 tau🤍🤍
Baca lagiBetul. Jangan stress. Chill je. Ramai yg ziarah saya kata saya ceria selepas bersalin. Alhamdulillah. 😃 Saya happy mereka ziarah saya. Saya duduk kat gym ball sambil susukan baby pun ada yg tegur. 😂
Boleh follow Dr. Ilmelda dan nad masrom utk pnyusuan. Permakanan makan apa shajaaa. Cuba dalam kuantiti sndikit sbb ada setengah bentan dan setengah sesuai ngn badan utk permakanan.. Banyakkan bergerak juga ketika berpantang tpi tak perlu bt kerja kerja rumah sbgainya.. Bnykkan mknan vit-c berpantang dengan suami.. Nak kluar rumah kluar shja mcm biasa ikut pada badan, kalau x larat tak perlu.. Berurut seeloknya selepas 3hari bersalin untuk legakan lenguh lenguh badan dan utk segarkan badan selepas pent melahirkan dan mnyusukan itu sahaja
Baca lagiSaya pantang 44 hari. Nak kata ketat tu takdela sangat pun sbb mak saya pun try and error jaga saya dlm pantang 😂 mula mula dia kasi cuba dulu makan tu, saya ok takde rasa gatal atau apa boleh teruskan. Mandi sampai skrg mandi air panas, saya dh 47 hari berpantang skrg. Hari ke 44 ada keluar bawa anak bersunat, singgah tmpt kerja kejap, sarapan di luar 😂😅 kdg tu ada gak rasa kaki lenguh, bisa tp diamkan je sbb risau mak bebel 😂
Baca lagiIkut badan masing2 sis.. ada org smpai 100hari, ada yg 40hari, ada yg sebulan, ada juga 2minggu je haha. 2minggu tu kakak sy la pantang 2minggu je utk 3kali dia bersalin. Xde urut/tangas semua xde. Badan ok elok. Ikut keperluan & keselesaan masing2. Xde waktu fix.. yg pantang 3bulan tu kebiasaannya pantang utk x bersama then again tu x wajib, klu dah sembuh luka, hbs darah nifas by 30hari pn dah boleh dah..
Baca lagibiasa pantang 44hari tu mcm pemakanan n fizikal,yg 3 bukan tu bersama dgn suami. tapi itu berpantang ikut adat saja,kalau tak pantang pun okay aje yg penting jaga pemakanan,jaga kesihatan diri mental fizikal. Kalau terlampau ketat berpantang risau ibu stress Dan susu juga blh drop,so nasihat saya berpada2 lah dlm pantang,yg penting jaga pemakanan yg sihat
Baca lagi44 hari pantang makan cara orang dulu2 tp zaman sekarang ramai yg pantang modern ikut kesesuaian badan . yg 100 hari pantang bersama dengan suami. nak bagi betul2 sembuh luka luar dalam.
entah sorry tak tahu.. now anak 3 tahun. jaga makan selama masih bernafas. pakai stokin hari2 sbb kaki aurat, berurut bila2 kalau lenguh bdn husband urut manja2 pn ada🥰
sayaa pantang 45hari , baru boleh keluar rumah bab makan minum ais tu sayaa pantang 100 hari cukup bukan apaa takut sekrg banyakkess ibu berpantang je yang meninggal 🥲
Amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.. Cuma masa awal2 lepas bersalin tu byk mkn benda lembik2 sbb takut najis keras.. Suami pun kena byk membantu..
seorang ibu ❣️