Baby 1 Month Suka Berjaga Waktu Malam. Risau Tak Cukup Tidur.

Hi experienced mummies. Nak minta tolong.. Baby saya dah biasa tidur dalam 5 ke 6 jam waktu pagi sebab makcik bidan senang nak urut2 waktu baby tidur. Jadi waktu malam baby patutnya tidur kan, tapi baby saya mcm selalu berjaya. Tidur tak sampai 5 minit pastu menangis mcm nak susu atau nak mengempeng. Lepas tu tidur. Bila nak letak baby di katil, dia terjaga dan mcm nak nangis. Bila saya letak baby kat pangkuan riba, dia tidur nenyak boleh sampai 1 jam. Ape effect kalau baby tak cukup tidur? Setakat ni cara yg berkesan kalau dia tidur kat riba atau mengempeng.

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Msh blh atur pola tidur dia..baby mmg slalu tidur utk pembesaran...kalau siang bgn2kan baby selang 2-3 jam utk menyusu..”kacau” jer nanti mlm InsyaAllah dia nyenyak tidur..tjaga sebab nak menyusu o berak jer...pastikan keselesaan baby tjamin kalau nak tidur tu🙋🏻‍♀️

VIP Member

Sye dulu pun sma bby smpai 3 bulan kerap bngun mlm.dia nk susu dann mengempeng Ap sya blh kata adlah set kt mind awk tu yg bby mmg akn bngn. @ minta tlg org yg jge awk tu tlong tgok ank . Mcm sya suami kekdg jge mlm

Baca lagi
VIP Member

Boleh cuba guna balm dari tasneem.. Manatau boleh bantu masalah anak 😊 Tasneem guna essential oil tanpa bahan kimia atau bahan haiwan selamat digunakan dari newborn hingga dewasa.. https://wa.me/60142659754

Post reply image

Baby sy mcm tu mula. Rupanya nak tido brkepit dgn sy. Tu la kot org panggil tido bawah ketiak 😂 tapi betul laa. Kalau x tido dekat dgn kita. Dia bangun nangis 🙈

VIP Member

baby saya pun sama.. 3 bulan pertama tu memang saya macam zombie sebab tak cukup tidur.. malam je baby mesti nangis..😂

baby Sy mula2 pun sama jugak bila letak Kat coat baby dia nangis, bila tdo Kat atas riba elok plak tdo dia..🤭🤭🤭

Setiap baby ragam x sama...mungkin baby sis nk tido berkepit ..hihihihi..nk peluk...

VIP Member

Anak saya pun mcm tu. Mengempeng baru nk tidur.