Fasting During 1st Trimester
Hi everyone. Currently entering my 7w of 1st pregnancy. A bit worried about the approaching fasting month. Is it okay to fast?

Pejam,.. Celik,... Pejam lagi, pastu Celik dah nak masuk bulan Mei, dah nak masuk bulan puasa,.. . . Ada tak ibu-ibu yang hamil kena pada bulan puasa atau Ramadhan,. . . Dulu selalu juga saya dengar soalan ni dari #ibu_hamil bila menjelangnya #Bulan_Puasa "SAYA SEDANG HAMIL, BOLEH KAH SAYA BERPUASA?" Pakar perubatan tidak menggalakkan ibu-ibu hamil yang berada dalam fasa 3 bulan pertama untuk berpuasa. Ini kerana fasa ini merupakan fasa kritikal yang perlu diambil perhatian dan bayi dalam kandungan juga memerlukan nutrien yang cukup Bagi pendapat ulama pula, terdapat 2 hukum bagi ibu mengandung yang ingin berbuka puasa Pertama: Ibu mengandung yang bimbang akan kesihatan dirinya, perlulah menggantikan puasa sahaja dan tidak perlu membayar fidiyah. Kedua: Ibu mengandung yang sihat tetapi bimbang akan kesihatan bayi dalam kandungannya, dibolehkan berbuka puasa namun perlu menggantikan puasanya serta membayar fidiyah Dalam fatwa Al-Shaykh Ibn Baaz, memberitahu adalah wajib bagi wanita berbuka puasa jika puasanya mendatangkan kemudharatan kepada dirinya dan bayi dalam kandungan dengan syarat dinasihati oleh doktor Muslim yang baik. #Perkongsian dari blog Dr Zubaidi #bacani
Baca lagi
1st Pregnancy