Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Somaskandar Sivasuntharam, Pakar Obstretik dan Ginekologi (O&G) , Gleaneagles Hospital Penang.
Epidural ataupun tidak? Betul ke epidural membantu ibu untuk bersalin dengan mudah tanpa rasa sakit? Ibu masih lagi was-was untuk mengambil epidural? Jom tanya semua persoalan anda dengan pakar kami secara terus pada 24 Jun 2021, hari Khamis, jam 4 petang dengan topik yang sentiasa hangat di kalangan ibu iaitu pengurusan kesakitan sewaktu bersalin - Epidural atau tidak? *NOTA : Segala persoalan di luar daripada topik & masa yang dijadulkan akan dipadam atau tidak dijawab sama sekali.
saya pregnant 4mingu 5hari tp xnmpak kantung baby ... saya jadi bleeding... tp mcm period... ada kah bahaya
hai doc ..2017 - emergncy czer then 2021 for 2nd child. adakah sy akn diberikan epidural lagi sprti czer ?
Salam sejahtera Puan, ya puan, puan boleh mengambil epidural.
Hi doc..first pregnant sy ada amik epidural..so sy nk tahu ada kesannya tak kalau amik epidural
Salam sejahtera Puan Syazwani, ya boleh puan, ia tidak menjadi masalah kerana ada ubat tahan sakit yang lain dan juga durasi labor akan menjadi singkat.
Hello doctor, adakah setiap side effect epidural akan semakin teruk dengan setiap kelahiran?
Salam sejahtera Puan Idayu, tidak sama sekali.
boleh ke ibu yg menghidap sakit jantung (injap bocor) mengambil epidural semasa bersalin?
Salam sejahtera Puan Fatin, ye boleh, pakar jantung akan mencadangkan anda mengambil epidural semasa bersalin.
hi doktor, betul ke kalau kita ambil epidural, bila dah berumur nanti ada side effects?
Salam sejahtera, sebenarnya tidak, hanya sakit belakang.
Dr saya nak tanya,bole ke kelahiran normal mengunakan epidural?
Salam sejahtera, boleh puan, epidural sangat baik untuk ibu yang pertama kai melahirkan anak. =)
Hi doctor. Apa kesan sampingan epidural ni ye?
Salam sejahtera Puan Aini, kesan sampingan epidural adalah sakit belakang dan biasanya akan hilang dalam jangka masa 3 bulan. Terima kasih.
sakit perut bedenyut
Mother of 3 naughty junior