'Ada orang suruh saya tumbuk Zulfarhan' Kes maut diseterika tiada penghujungnya.

eorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, ada seseorang menyuruhnya menumbuk pegawai kadet laut Zulfarhan Osman Zulkarnain ketika mangsa berada di biliknya di blok penginapan Asrama Jebat, universiti berkenaan. Saksi pembelaan ke-20, Muhammad Alif Farhan Aerosni, 25, bagaimanapun berkata dia tidak pasti siapa individu yang menyuruhnya bertindak sedemikian dalam kejadian pada jam 2.05 pagi, 22 Mei 2017. "Saya sampai di bilik (saya) 04-10 masa itu bilik gelap, semua orang tengah duduk di tempat duduk mereka. Mereka tanya saya nak buat apa, saya jawab nak ambil telefon bimbit di atas katil, kemudian ada seseorang menyuruh saya menumbuk arwah (Zulfarhan) dahulu, saya kemudian tepuk bahu dia (Zulfarhan). "Selepas mengambil telefon bimbit dan menepuk bahu arwah, saya kemudian keluar dari bilik itu dan seterusnya ke bilik 04-11," katanya. Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Ranjit Singh Dhillon yang mewakili tertuduh ketiga, Muhammad Najib Mohd Razi pada prosiding bela diri 18 pelajar UPNM terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan. Bilik 04-10 adalah bilik Zulfarhan Osman didakwa dipukul dan ditekap seterika wap. *SUMBER : BERITA HARIAN* Apakah pendapat anda mengenai isu yang tidak lagi menemukan kata putus ini? Komen di bawah.

'Ada orang suruh saya tumbuk Zulfarhan' Kes maut diseterika tiada penghujungnya.
5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

klu di dunia terlepas,tp mana mungkin bole hidup tenang.di akhirat kelak tetap ada pembalasannye...x dpt bygkn sakitnye arwah dilakukan spt tu.semoga mangsa ditempatkn dgn org2 yg beriman.

walaupon terlepas hukuman didunia,hidup pasti xkan tenang..dan ada hukuman di akhirat bakal menanti utk pesalah..semoga mangsa zulfarhan ditempatkan bsama org2 yg beriman..alfatihah..

VIP Member

😔sedih bila bc ttg buli ni..Allahu...kes adik ni dh lm sgt2 smpai sekrang tak selesai lg..mg Allah pmudahkan segalanya..hrp dpt jmpe siapa yg mastermind yg melakukannye

VIP Member

Allahu.. 😪😪😪 Semoga keadialan akan tertegak. Aamiin 🤲🏻 #TAPsupermoms #TAPactiveusers

Baca lagi
Super Mum

Allah maha mgetahui.. berani kerna benar takut kerna salah