Entahlah. Sy benci betul bila suami terlalu banggakan adik dia, pastu bandingkan sy dgn adik dia. Adik dia introvert, sy pun introvert. Dia pernah ckp kenapa adik dia boleh maju, kenapa sy tak boleh. Adik dia ada kereta, kerja mystep. Dulu pun sy kerja, tapi lepas kahwin ada anak, sy tak kerja. Kadang bila teringat ayat dia tu, rasa menyesal pula kahwin. Rasa lebih baik single ada kerja, ada duit sendiri, ada kereta sendiri, fokus majukan diri sendiri. Kadang tu juga rasa mcm sy ni tak dpt buat dia bangga dgn sy. Lepastu sy balas ckp dia, yala bangga sgt kau dgn adik kau sampai bandingkan dia dgn sy. Pastu dia ckp bukan dia bangga, tu dia bagi contoh. 😂. Manipulative. Dia ingat sy budak tadika kot. ☺️. Lagi satu nak luah, sy time pregnant takda rehat, lepas bersalin pun takda rehat. Bersalin ceaser. Bila dia p kerja, sy jaga baby & diri sendiri. Sampailah skrg baby dh 10bln, sy jaga sendiri. Badan sy sakit2, pergelangan sakit. Kdg bila seharian penat jaga baby, rumah tak terurus, masak tak sempat. Dia selalu ckp takpe, sy fhm. Tapi haritu gaduh, dia ckp, "Mungkin kau nak semua terhidang, kau tinggal makan je." dia nak ckp sy pemalas tak masak. 😂. Pastu sy cakap, "Kau nak sy hidang kau apa? Sy makan tgh hari pun takda, isi peti ais pun takda. Kdg sy tahan lapar, baby tidur, sy join tidur sbb tahan lapar." 🙂. Yup. Peti ais kmi selalu kosong. Makan pun bercatu. Kalau ada telur sebiji, daripada sy makan, lebih baik sy masak utk baby. Pastu dia ckp,"sy nak keluar buat grab part time pun kau larang." padahal dia yg malas keluar. Fyi, dia ada kerja tetap, grab dia buat part time. Tp tulah, dia kdg malas. Pastu nt dia ckp sy yg larang dia buat grab. Ada masa sy terlalu penat, dia balik rumah, dia nampak sy ada marah baby, pastu dia marah sy, ckp perangai sy teruk. 😂. Ada masa baby meragam teruk seharian, setiap kali masak, sambil dukung. Baby tak nak berenggang. Letak dlm walker nangis, masak sambil dukung. Kdg mmg tk sempat masak, badan dah 0% tenaga. Kdg sampai termarah baby, ibu nak masak, kalau ibu tk masak nt abah ckp ibu malas, ckp dgn baby sambil nangis2. Potong sayur, bawang, etc, sambil dukung baby. Dgn skrg dah sebulan lebih mesin basuh rosak, sy kena basuh kain guna tgn, bila baby tidur, sy curi2 masa basuh baju, bila dia terbangun, terpaksa letak dlm walker, biar dia nangis sambil sy laju2 siapkan kerja. G tandas pun kena buka pintu, sbb baby nangis cari sy. Mandi pun time dia tidur, kalau dia tak tidur, tak mandi lah sy. Cerita ketiga, haritu g rumah kak ipar, kt situ ada mil, time tu ada tetamu. Dia nampak mak dia penat, so dia nak stay situ lama sikit. Sy bgtahu sy dah tak selesa, nak balik rumah, dia ignore. Penat mak dia, dia nampak. Penat bini langsung tak nampak. Dahlah kalau family dia ckp buruk pasal sy dia tak pernah nak backup, alasan dia, dia bukan pemarah. 😂. Sy pernah ckp dgn dia, "Sy cakap kat mak ayah sy, kalau diorg ada benda yg tak puas hati, cakap dgn sy je, takyah cakap dgn suami sy. Takkan kau tak boleh buat mcm tu juga kat sy, sy boleh backup kau, kau tk blh backup sy." Pastu dia ckp apa kat sy? "Sy pun ada ckp dgn mak ayah sy kalau diorg ada benda terasa hati, ckp dgn sy je, takyah ckp kat isteri sy, tulah awak, selalu judge benda yg awk tak nampak." HAHAHAHHA, manipulative. Dia ingat sy bodoh. Sy cakap mcm tu, baru member nak ikut ckp mcm tu. Tu je lah nak cerita pun. Tq sudi baca. 🙂
Nuur I M H