e byk ibu² suke post pic ank yg masih idup di caption kan ank syurga?

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kannnn...saya perasan juga walhal ni sbnrnya definisi & konsep anak syurga. Harap jelas la lps ni. Saya nk tegur tapi sbb dulu pernah kna bash sbb tanya pasal hal yg sama. Definisi Anak Syurga Anak syurga adalah anak yang baru lahir, ketika lahir, keguguran atau yang telah meninggal dunia sebelum usia baligh mereka. Juga dikatakan anak yang cacat atau tidak waras adalah anak syurga kerana mereka tidak dihisab. Anak syurga adalah anak yang meninggalkan dunia secara suci tanpa ada dosa dan sebelum dosa mereka dikira. Anak Syurga Dari Sabda Nabi SAW Menurut sumber Mufti Wilayah Persekutuan, Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa anak yang telah meninggal dunia sebelum baligh akan menarik kedua ibu bapanya untuk masuk syurga.

Baca lagi
VIP Member

Mungkin Definisi Anak Syurga ni membantu untuk sis yg post ni. Anak syurga adalah anak yang baru lahir, ketika lahir, keguguran atau yang telah meninggal dunia sebelum usia baligh mereka. Juga dikatakan anak yang cacat atau tidak waras adalah anak syurga kerana mereka tidak dihisab. Anak syurga adalah anak yang meninggalkan dunia secara suci tanpa ada dosa dan sebelum dosa mereka dikira. https://www.bidadari.my/anak-syurga/ Kita bersangka baik sis, mungkin anak dia anak kelainan upaya. Ataupun, diorang kurang tahu bila sepatutnya gunakan istilah 'anak syurga'. Apa2 pun rasanya takde dalil mengkhususkan penggunaan anak syurga untuk yg meninggal saja 🙂

Baca lagi
4y ago

Sis ina, rasanya sis ina dah salah faham pada jawapan saya ni. Saya tak melarang penggunaan istilah 'anak syurga' kepada bayi yg masih hidup dan berdasarkan jawapan saya, saya juga tak sandarkannya pada agama. Lepas baca soalan ni, apa yang saya buat, saya terus Google definasi 'anak syurga' dan paste disini dengan niat nak kongsi definasi sebenar 'anak syurga' dan situasi yg tepat untuk gunakan istilah tu. Apa2 pun, saya tak melarang ibu bapa lain nak gunakan istilah tu. Lepas sis ina reply jawapan ni, saya terasa jawapan saya macam kena 'attack' pulak 😅 walhal saya tak mention apa2 tentang agama. Jadi saya scroll semua jawapan, baru saya perasan satu lagi jawapan 'anonymous' yg mirip dengan jawapan saya. Tapi dia ada mention hadith qudsi. Demi Allah, yg post jawapan tu bukan saya. ✌🏻 Peace no war 😁

betul. saya pun pernah terbaca. anak syurga utk anak yg dah tak bernyawa.. sebaiknya anak yg masih hidup ni kita gelar panggilan baik2 seperti anak soleh solehah, anak yg mendengar kata, anak yg menyenangkan ibu bapa etc etc..

tu lah. for those yg faham penggunaan "anak syurga"memula baca sayu je hati ingatkan anak dia dah meninggal. baca sampai habis rupanya sihat lagi (alhamdulillah), rasa bersalah pulak..huhu

Tidak salah pun panggil anak syurga. Malah itu sbg doa spy anak2 menjadi penghuni syurga. Tiada dalil yg menghalang, tiada dalil yg menyuruh.

patutnya anak yg masih hidup elok dipangil anak soleh @solehah kan..

Betul

🖐🏻

Super Mum

👍

👍