36 Balas

Baca pengalaman bersalin orang lain. Fahamkan proses yg mungkin dilalui. Bila time bersalin, you know what to expect. Kena fikir skrg nak normal delivery atau Czer, kalau normal delivery nak epidural tak. Jgn fikir takut masa bersalin, fikir akhirnya boleh jumpa baby. Simpan tenaga, pastikan makan secukupnya. Ikut arahan doktor dan nurse, jgn tangguh proses bersalin terlalu lama, takut nanti baby in distress dan ada komplikasi. Kawan saya takut sakit sgt, dia terus czer kat hospital swasta. Tapi luka czer ambil masa utk sembuh, ada parut lagi dan czer boleh buat 3 kali je. Kat hospital kerajaan, kena try normal dulu, atau kalau ada apa2 komplikasi boleh czer. Saya normal delivery ambil epidural. Hanya perlu tahan sakit contraction. Lepas epidural dah masuk, tak rasa sakit contraction dan masa meneran pun tak rasa sakit jugak. Saya rasa epidural bagus, tapi tak semestinya semua akan setuju. Logik saya, kalau demam, akan ambil panadol utk rasa selesa sikit. Jadi, kalau bersalin, ambil epidural utk rasa selesa sikit. Mungkin saya antara yg bertuah, tak byk side effect dari epidural selain tulang belakang macam lemah sikit utk 2 bulan. Lepas 2 bulan tu, tak rasa apa dah. Epidural pasang kat bahagian tulang belakang, tapi tak de la sakit mana sebab contraction lagi sakit.

jangan terlalu fikirkan rasa takut tu .. bila tiba masa yg Allah tetapkan kite tetap akan melalui nya cuma banyakkan berdoa moga Allah mudahkan segalanya .. mcm saya nk deliver normal last2 rezeki e-czer .. tapi waktu tu saya tk fikir byk sbb mmg nk anak selamat je . bila kita dh jdi ibu ni kita tkkn fikir utk kita je kita fikir nk selamatkan anak dan nk cpt keluarkan anak tu je . inshaAllah bersalin ni tk seteruk yg kita fikir2 kan slma ni , doc dan nurse smua pun baik2 walaupun kerajaan.. fikir+ve kalau beranak ni menakutkan sgt cuba fikir dh berapa ramai wanita2 bersalin dan nk bersalin lagi .. mcm saya pun tk serik bersalin dan rindu nk pregnant and bersalin lg walaupun kena czer hehe sbb rindu moment anak tu dilahirkan dan kesakitan yg kita rasa tu mcm satu nikmat utk seorg ibu .. itu pendapat saya lah.. maaf kalau ada salah ckp .. goodluck utk awak semoga Allah mudahkan urusan awak ye

saya 1st bby,masa pecah darah kul 2 subuh saya x pecah ketuban tau,sblm mnta hntr ke hosptl siap ambil gmbr sambil peace lagii..🤣 dari nak dftr diri sampai masuk LR alhamdulillah allah permudahkan saya n bby,tak rasa sikit pun rasa takut tu,mcm org bodoh2 lg ada la sbb jd blur 1st time rasa sndiri masuk LR..😂 skjp je bersalin lps dah kena jahit siap ckp dkt nurse bila nak siap nii.. nurse ckp mcm ni *aduii mama,jgn la ko tanya,klau ko tgk jahitan mu ni pening ko tu*..maksudnya terlalu byk jahitan..🤣🤣🤣🤣 so awak,xbleh rasa takut tau sbb klu rasa mcm tu badan awak jadi ikut lemah + takut,nnti nak push penat..letak dalam fikiran nak masuk LR nnti best tau sbb ramai org kita tak kenal jadi kawan lps tu jalan2 kat 1 katil boleh bercerita so enjoy kan saja..yg penting set dlm kepala nak jumpa baby cepat2..heheee

TapFluencer

Mungkin kena bnyak mendengar dan membaca pengalaman orng lain kot. Saya ade ikut komuniti hypnobirthing so serba serbi blh la tau cara nak relax, cara nak meneran, cara nak hadap contraction dngan relax, cara pernafasan smua tu. siap husband belikan lagi buku2 and cd video yg pasal hypnobirthing ni. Saya due nov ni perasaan takut tu sama skali takpernah ade since awal kehamilan lagi. Rasa xsabar je nak hadapi contraction and branak nnt . Hehe. Saya and husband dah pilih dah doctor yg kite nak. Kitorang nak cara hypnobirthing means xnak epidural, xnak ubat tahan sakit ke ape masa contraction and nak branak tu. pastu masa nak bersalin nak labor room tu dim kan lampu2 and sambil layan tv or music untuk hadap contraction . Bila baby nak kluar btul2 dah baru la nurse doctor masuk 😇

Saya pun hari tu masa bersalin ya allah nervous semua ada.. lagi pulak ada gdm on insulin and ubat metformin, macam macam risiko. Tapi dah sampai hospital utk serah diri masa 38week sbb gdm, saya set dalam otak hadap je. Ni lah pengorbanan kita nak jadi seorang ibu. Bersalin apa cara pun akan sakir. Czer or normal, tak ada yang tak sakit. Set dalam otak, nak tengok muka anak. Nak balik cepat. Alhamdulilah, saya dapat bersalin normal, and ddk hospital pun tk lama. 3 hari 2 malam je. Hari ni bersalin esok dah boleh balik walaupun gdm. InsyaAllah puan, semua nya okay. Nurse nurse akan tolong kita. You can do it!

saya pon ada gdm on insulin dan metformin xpi sy czer sebab baby besar...huhu tmrisau sgt dah 36 week...lg 2 minggu kena serah diri ...doakan untuk sy n baby ya..

Takut tu biasa tambah anak 1st. Cara saya, semat dalam otak hadap jela apa pun bila dah nak bersalin nanti. Ikut ja arahan nurse & doktor. Sambil tu doa jela dipermudahkan. Nak taknak takda pilihan kena bersalin juga normal atau czer pun. Ingat ja dah tak lambat nak jumpa baby. Terus kuat & lupa rasa takut tu. Saya 8 jam dalam LR, lastly kena czer. Mula takut fikir tak pernah masuk dewan bedah. Bila dah masuk, dah selamat baby keluar hilang segala takut. Perut belum tutup lagi siap tanya anak boy ke girl. Excited rasa nak bangun tengok ja 😁

Normal sis just jangan overthinking sangat je. Just positive & be happy. If time nervous tu datang terus tepis and be happy fikir yg baik2. Mcm saya setiap malam tidur tu mesti terfikir & overthinking. By that time dah betul2 kena contraction and so on hilang dah semua benda tu mmg fikir sakit nak beranak je . Nanti contraction dh kuat mmg nak terberanak dah time tu fikir nak baby keluar je. After dah settle semua segala sakit apa semua takde. Tenang je tengok muka baby alhamdulillah. Kalau overthinking benda2 buruk istighfar banyak2 ya sis.

Dh samapi due & rasa nak beranak tu, takde rasa nervous 🤣 tu pengalamn sy la, padahal sebelum tu dh mcm2 dh fikir pasal nak beranak 🤣 12hb pagi2 sy pecah ketuban, mandi sarapan semua dlm jm9 pegi pac. Eh petang nya sy dh selamat bersalin walaupn emergency czer 😆 masa nak kena bedah tu je rasa takut 😆 part paling takut masa kena bius cucuk kat belakang tu je takut sbb jarum kn 🤣 syukur alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.

jujur kata. sy ni first mom..tp alhamdulillah.lgsung Allah xbg rasa takut bila fikirkan psl LR.dia mcm,.go with the flow je...sy pn mcm hrp baby masih dlm rahim smpailah nk masuk 37w ..bkn x excited utk dpt anak tp syok bwk baby dlm rahim..teman sepjg masa hheehe.. bila dh smpai masa nk bersalin, baru set dlm ht :ok this Is the timE'...NK Xnk kena lalui..mghrpkan prosesnya cpt dan mudah

hehehh btul2.. nikmatnya lahaiii.baby first always special.;)

pengalaman sy masa bersalin anak pertama sy ada suarakan juga rasa nervous kat suami. tp masa tu dh kat spital air ketuban pecah. tp ntah cmna tau sy counter perasaan tu. Just think positive je like sy fikir org lain ramai beranak semua boleh handle awak pun pasti boleh. cmtu la dlm otak sy. pastu lg sy fikir apa nk jadi jadilah yg penting nk settle dan habis semua ni cepat. 😅

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan