Lil yunns profile icon
PlatinumPlatinum

Lil yunns, Malaysia

Contributor

About Lil yunns

My Orders
Posts(7)
Replies(318)
Articles(0)

SELAMAT MELAHIRKAN 18/6/23💙

Alhamdulillah syukur lahirlah my baby boy harini 💙 . Dia nak keluar awal sehari from due date, mana tak nya mummy & daddy dia nak sngt dia kluar cepat. Pengalaman bersalin saya on 17th 6-7 am perut mengeras je tapi saya tahan lagi sampai lah 10pagi. Disebabkan perut mengeras terlalu kuat saya decide pergi ke pac , after settle ctg doc seluk bukaan baru 1cm then kena suruh balik. 18th Disini bermulanya contraction 3-10 minutes tapi saya tahan sbb tanak kena halau kalau pergi pac lagi . Saya layan contraction ni dari 4am-7am baru saya decide pergi pac balik. When i kena ctg balik doc tu siap marah saya cakap contraction kuat sngt ke , sama je dngn yg first dtg. Time ni saya malas nak cakap apa apa then dia seluk lagi dah 2cm. Ingtkan kena balik doc suruh admit ward. Sampai ward contraction makin kuat lepastu kena ctg lagi tengh ctg tu air ketuban meletup. Lepastu doc check tngh ada selaput yg ni saya x sure. check bukaan baru 3cm and then kena pergi labour room. Ok part labour room ni buat saya trauma. Contraction makin lama makin kuat. Saya dah betul2 mcm nak separuh mati. Tapi check jalan baru 4cm lepastu doc masukkan hose saya x pasti yg penting after dia masukkan tu dia seluk pusing2 nak bagi bukaan tapi still x boleh jgk.( ni sakit dia jangan tanya mcm mana ) Then saya kena layan contraction tu sampai nurse2 bising kat saya. Cakap jngn teran2 tapi saya mmg x boleh tahan i try my best to hold but bila nurse tengok balik kepala baby dah nampak. Time ni saya dah xde energy dngn x makan minum dari pagi. Teran pun sampai taktau mcm mana. Nafas pun x cukup. Mindset dah simpan cakap tak kesah sakit yg lain nak baby kluar je. Saya teran sampai kepala baby in & out. Maka kluarlah my babyboy. After bertarung nyawa 4jam di labour room. 3 jam di ward & pac. Last sekali jahit hidup2 . Tapi apa pun alhamdulillah yang penting baby selamat. Saya beranak di hospital sultan ismail doc & nurse semua saya dapat yg baik ni pun rezeki jugak alhamdulillah. Goodluck mummy2 TAP 💪🏻 // due date 19hb baby keluar awal sehari 🥰 #babyjune

Read more
 profile icon
Write a reply