43 Balas

Boleh tak kalau saya nak makan buah nenas atau betik? Orang orang tua cakap bahaya. Nanti gugur. Betul ke?

Anda boleh mengambil nenas dan betik. Tapi dalam kuantiti yang sederhana. ianya tidak bahaya untuk kandungan

Expert

You can book an online appointment with Dr. Navdeep by clicking the link here https://bit.ly/36LgPYw

doc sy nak bertanya soalan sy hamil 12w dah penah turun darah sikit, bila 2 kali scan doc kata janin xde kantung kosong, masalah nya sekarang sy xde pendarahan yg teruk keluar macam mana tu doc?

Sejak pregnant ni kan, susah sangat nak tidur waktu malam. Ada kesan pada baby tak?

Wanita boleh mengalami insomnia pada semua peringkat kehamilan, tetapi lebih biasa pada trimester pertama dan ketiga. Secara amnya tidak ada kesan buruk.

Normal ke kalau kulit naik naik gatal masa hamil? Kalau tak, ubat apa yang boleh pakai?

Ini adalah perkara biasa, disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Ubat seperti calamine lotion atau anti-histamine boleh digunakan. Tetapi kalau bertambah teruk mesti jumpa doctor.

VIP Member

Hello Doc, adakah pengambilan susu secara konsisten dapat menaikkan HB? Terima kasih.

Terima kasih Doc👍

VIP Member

Salam...... nk Tya pasal pa sering sakit pinggang ,sakit belakang, sakit kt perut

sering sgt doktor

sy nk Tanya ye kenapa perut saya selalu angin je btw sy baru first trimester 😊

Badan anda menghasilkan lebih banyak progesteron untuk menyokong kehamilan anda. Progesteron ini akan menyebabkan usus anda bergerak perlahan bermakna pencernaan anda menjadi perlahan. Ini membuat gas dalam usus, yang seterusnya menyebabkan perut kembung. Untuk mengurangkan ketidakselesaan anda boleh minum banyak air, makan lebih banyak serat dan bersenam. Kalau berterusan boleh berjumpa dengan doktor.

Semasa hamil ni, selalu sangat sembelit. Bagaimana nak kurangkan ya doktor?

Pastikan anda minum air secukupnya. Makan makanan yang tinggi kandungan serat seperti buah buahan dan sayuran hijau.

Kenapa berat badan saya menurun masa hamil? Bahaya tak untuk baby?

Dalam trimester pertama, adalah perkara biasa untuk berat badan turun, akibat dari Loya ,kurang selera makan dan muntah-muntah. Tetapi walaupun begitu, bayi anda selamat.

Apa caranya nak kurangkan sakit belakang masa pregnant ya doktor?

Pastikan anda memakai kasut yang selesa dan sesuai semasa hamil. Elakkan kasut yang bertumit tinggi. Letakkan bantal bersaiz kecil di belakang pinggang semasa anda duduk untuk memberi sokongan kepada tulang belakang.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan