Bawa Anak Ke 3 Lokasi Ekstrem Ini, Barulah Mereka Tak Bosan Bila Tiba Cuti Sekolah!
Cuti sekolah merupakan masa yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti menarik bersama anak-anak. Lagipun, banyak manfaat yang boleh diperolehi. Bahkan terdapat banyak lokasi menarik yang tersembunyi di sekitar Lembah Klang yang boleh diterokai bersama mereka. Atas sebab itu, SOCAR Malaysia menyediakan perkhidmatan penghantaran ke tiga lokasi menarik sempena cuti persekolahan ini. 3 tempat menarik & lasak sempena cuti sekolah pilihan SOCAR #1. Tarzan dan Jungle Jane Salah satu lokasi yang best dan boleh dikunjungi adalah Skytrex Adventure Sungai Congkak yang terletak di Hulu Langat dan mengambil masa kira-kira 40 km dari Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang terdapat di sini seperti Sky trekking di mana pengunjung boleh menikmati pengalaman merentasi pelbagai halangan yang telah disediakan. Dengan aktiviti ini juga anda berpeluang mengenali Hutan Hujan Tropika di Malaysia sekaligus mewujudkan kesedaran tentang ekosistem negara kita. Walaubagaimanapun, anda tak perlu bimbang kerana Skytrex ini telah diselenggara mengikut piawaian antarabangsa. #2. Farm In the City (FITC) Jika inginkan sesuatu yang berbeza, anda juga boleh membawa anak-anak ke Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan. Di sini, ia menawarkan konsep yang unik dan menarik serta gabungan unsur hidupan liar dan alam semula jadi yang dirancang dalam taman pemuliharaan. Apa yang lebih menarik, FITC ini dapat mendidik masyarakat tentang gaya hidup di kampung, ladang dan kebun buah-buahan di Malaysia. Antara tarikan pelancong di FITC seperti pertunjukan percuma di tempat pelindungan burung, gua reptilia, keindahan tasik moods, kampung penternakan haiwan dan anda boleh nikmati perjalanan kaki di hutan dan ladang sayur. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi dengan 100 spesis haiwan jinak dan eksotik dengan hanya membunyikan loceng. #3. Kanching Rainforest Waterfall Nak lagi yang best? Anda boleh kunjungi Kanching Rainforest Waterfall yang bertempat di hutan simpanan, Kuala Lumpur. Kalau anda nak tahu, lokasi ini merupakan tempat favourite mereka yang sukakan fotografi. Ini kerana Air terjun Kanching ini mempunyai tujuh lapisan lata yang berketinggian lebih 120 meter yang sangat cantik untuk bergambar. Di sini, kanak-kanak boleh mendayung sampan dengan selamat kerana mempunyai aliran air yang bersih. Bahkan kawasan air terjun ini dilengkapi pondok berkelah dan bilik salinan untuk keselesaan setiap pengunjung. Dengan jumlah keseluruhan kenderaan SOCAR iaitu 1628 yang terdiri dari jenis hatchback, sedan, SUV maka pengguna boleh membuka pintu kunci kereta melalui fungsi Smarkey melalui aplikasi SOCAR dan seterusnya boleh memulakan perjalanan anda. Apa tunggu lagi parents, jom bawa anak-anak ke tempat yang di senaraikan tadi!