Kongsi kewangan waktu pregnant

Curious dengan family lain, if korang dan suami ada income yang hampir sama, korang share 50-50 ke untuk semua bil hospital, checkup, barang newborn, atau suami korang contribute lebih sebab kita yang pregnant? Sekarang ni, saya pergi check-up klinik sendiri, dan suami cuma teman untuk scan yang "penting" je. Saya la yang penat drive ulang-alik hospital, saya jugak yang rasa semua perubahan dan simptom kehamilan ni. Bukan nak mengeluh, cuma nak tahu macam mana sacrifies korang pregnant, bawak perut sana-sini, morning sickness etc tu terbalas? Boleh pakai ke mentaliti "saya 9 bulan pregnant, awak support lah kewangan".

35 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bincanglah dulu dgn suami. Sy dulu mengandung suka pergi check up sorang2. Cuma ke hospital jumpa pakar je dia hantarkan. Lain semua sy drive sorang. Pergi kerja sampailah week 37 saya drive sorang. Barang baby semua guna duit saya. Tapi lepas je bersalin, saya serah tugas beli pempes, susu, sakit pening anak kat tugas suami. Lain2 macam pengasuh atau benda kecil, kongsi. Semuanya perbincangan sebelum mengandung. Cuba bincang baik2 dengan suami. Jaga mental awak okayyy

Baca lagi

kalau sy semua 100% suami . bukan nak kate kaya tp alhamdulillah cukup seadanya . sy plk SRT dari awl perkahwinan . smpai skrg dah ade ank 2 n otw yg ke3 . mcm sy sbb tau 100% atas suami . jdi tgk keadaan jgk laa . time² blh bermewah . time² xjgk tp alhamdulillah semua ckup . mcm untuk p checkup . time kebetulan suami cuti . sy mtk tolong hntarkan. yg lain sy urus sndiri . sbb sy xsuke suami ikut sekaki 😫 buat mase jerr .

Baca lagi

Bgi sy, sy x berkira psl tu. Klu mau bgi then bgi, klu x biarla. Psl mentaliti tu, sy mmg x mau pkai mcm tu, x fikirkn pn jasa pregnant smpai warded sbb morning sickness diblas oleh suami. Bgi sy inappropriate & nti blh jd gaduh. Bab ni sis kna discuss dgn suami sis bgus2. Dptkn kesefahaman. Stiap rumah tangga tu berbeza, so kna capai kata sepakat yg sesuai utk rumah tangga sis.

Baca lagi
4mo ago

Kan, inappropriate mentality begitu. Setuju setiap rumah tangga berbeza. nak minta pandangan boleh, tapi apply cara tersendiri hal kewangan bersama dgn suami utk rumah tangga sendiri. Tak boleh bezakan cara urusan rumah tangga sendiri dgn org lain.

tak juga, ini yang pentingnya family planning sebenarnya. tapi sy faham je waktu pregnant ni mood kita selalu swing. Tak salah pun kongsi kewangan dlm marriage life ni , kena ada sikap tolak ansur. macam sy sndiri pun, ada yang guna duit sy, n ada juga husb sy. & sy selalu pergi cek up sorang2 je. kadang tgh drive pun tiber dtg morning sickness. Awak jangan stress tau, bukan awk sorang macam ni hehe. just enjoy ok

Baca lagi

Kalau kongsi 50-50 mksdnya mgkn suami xboleh menyediakan 100% ikut kehendak isteri.. Boleh bincang dgn suami, setakat mana dia boleh provide dr segi kewangan.. If puan sanggup terima setakat mana dia boleh beri so oklah.. Btw masa ank 1st sy yg berkeras nak bersalin swasta tp suami xmampu jadi sy yg kumpul duit utk bersalin di swasta.. Sy faham kemampuan suami sy, walaupun pjj dan mostly cek up sy buat sendiri..

Baca lagi
4mo ago

saya Suri rumah full time sis.. alhamdullilah takat ni sy just 💯 husband yg sediakan semua, husband kerja, dlu pernah jgk nak kerja tapi husband memang tak bagi, just suruh ddk rumah layankan baby, Kesian kat husband kekadang, tapi dia pun tak nak sy terbeban dgn tanggungjawap lain, Selain kat rumah, Jaga anak, kekadang dia bila free2 kat rumah, still tlng sy buat kerja rumah jugak, time check-up baby sentiasa teman sy Dan baby.. alhamdullilah, husband selalu suruh doakan dia supaya sentiasa dimewahkan Rezekinya, limpahkan Rezeki selalu kat husband sy.. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan suami saya.. aamiin

mcm saya sejak pregnant ni saya x bekerja, suami je bekerja sorg tpi gaji bwh 2000. saya ckp ngn dia “jimat mana yang boleh jimat”. brg baby tak perlu banyak, paling penting ada duit settlekan bil hospital je. brg baby saya bnyk ambil dripada org bagi and ank2 buah yg dh besar..saya pakai je bju diorang. suami pon tkde tanye sape nk byr ni, spe nk beli itu ini..just ckp “ada rezeki nnti inshaAllah”

Baca lagi

Husband fully pay untuk pregnancy & barang baby. Setakat ni saya tak pernah guna duit sendiri lagi nak beli barang baby. Mungkin sebab ni anak yang ketiga. Alhamdulillah kewangan suami dah makin stabil. Untuk anak first & second dulu suami beli semua kelengkapan baby & saya cuma bayar untuk keperluan berpantang sendiri sahaja. Anyway everyone has their own comitment. Boleh bawa bincang dengan suami.

Baca lagi

Time suami sy xde duit mmg guna duit sy lah sbb sy bkerja juga..brg2 baby suami yg beli cuma utk tambahan yg sy nk sy xminta pn dekat suami.sy order je byr guna duit sy..bab duit bg sy ok je kot sbb ank baru sorang.sbb sy excited nk sambut baby smpai la skrg ni ank dh umur 2thn pn mmg sy selalu excited ttg dia.apa2 je utk ank sy mmg sy sggup je kuarkan duit

Baca lagi

Awak, saya rasa ni kandungan pertama ya, brtolak ansur la dgn suami, tp jgn smpai dia culas, tu sahaja konsepnya. Saya pun check up sndiri2 je drive, bkerja juga, pakej kene tinggal sorang sminggu sbb husb kena overseas, bila ingat balik kenangan tu, tk sangka boleh skuat itu, skarang anak pun dah setahun

Baca lagi

kewangan semua banyak dari saya. keperluan baby and duit scan. sebab husband tolong dari segi lain. masak, kemas rumah, urut saya setiap malam sampai tertido. bagi saya tak perlu berkira. kena give and take