Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Need positive vibes for VBAC
Salam mommy semua. Saya baru dapat tarikh kena serah diri 30/1 untuk induce sebab saya ada gdm. Saya perlukan kata-kata semangat untuk cuba vbac kalini. Ini anak ketiga. Anak kedua emergency czer sebab fetal distress. Doc cakap tadi if progress normally without induce, succest rate 75%. Tapi if induce success rate down to 40% je. Berdoa kalini tak perlu induce, keluar tanda sendiri sebelum 38w. 🤲🏻🤲🏻 Ada tak mommy yang kena induce & berjaya vbac. Share2 dengan saya untuk motivasi diri sendiri. Doc memang strongly suggest vbac sebab condition baby semua ok, berat baby pun ok tak nampak besar.
Braxton hicks
Due date 13/2. Harini baru 33w5d. Tapi dah mula rasa sakit-sakit. Tak kerap jadi assume braxton hick je ni. Walaupun dah anak ketiga tetap rasa nervous, takut. Dok pujuk baby sabar dulu dik jangan excited sangat nak keluar awal, mama awak tak kemas apa pun lagi ni. 😅😅 Anak sulung dulu lahir 38w, anak kedua lahir 36w. Debor pulak menghitung hari yang ni. 🤭
Puasa in third trimester
Salam 1 rejab mommy semua. Ada tak yang pernah puasa in third trimester? Sekarang saya dah 34w. Niatnya nak puasa sunat 1 rejab & ganti puasa sekali. Masa awal2 trimester haritu hb asik drop jadi tak berani nak puasa. Sekarang hb dah naik 11 tapi saya ada gdm on diet control jugak. Fasting sugar pagi tak pernah lebih 5.0. Ada tak mommy yang ada condition lebih kurang macam saya berjaya puasa sampai berbuka? Ada advice atau suggestion yang saya boleh follow? Tq in advance. 😊
Tekanan darah
Kalau reading macam ni consider low atau masih normal ya? Terasa melayang2 je badan ni dari malam tadi. Mungkin sebab penat sangat agaknya.
26 week alahan datang balik
Saja nak meluah. Lepas masuk 26 minggu ni alahan datang balik. Tak larat rasa nak bawak badan dengan alahan teruk yang datang balik ni. First trimester haritu berat sampai turun 8kg sebab alahan teruk. Lepas 15w haritu dah mula rasa ok selera pun datang balik tapi nak masuk third trimester ni dia datang balik pulak. Pregnant 2 anak sebelum ni tak kena alahan langsung. Ada orang cakap kalau pregnant girl memang selalunya alahan teruk. 2 orang anak sebelum ni boy. Ke sebab pregnant lepas masuk 30 series ekk. Pregnant masa 20++ rasa sihat bertenaga je. 😵🤢
Breastpump Spectra vs Imani
Hello mummies. Saya tengah survey wearable breastpump. Macam berminat antara spectra wearable dengan imani i2. Ada tak mommy yang dah pernah guna? Boleh tak share experience. Anak sebelum ni saya guna spectra dual compact. Memang best pakai spectra tapi since dia bulky so nak pump kat office tu memang obvious sangat. So new baby ni macam nak mencari yang wearable pulak. Ada baca review yang cakap imani tu super silent. Kalau boleh nak yang tak kuat bunyi. Office mate ramai lelaki. Bila hari2 nak pump susu rasa tak selesa juga dengan dorang sume even la semua paham tak pernah cakap apa2. Spectra wearable tu pulak new product jadi tak banyak lagi review. Husband suruh amik spectra je sebab dah ada experience guna brand tu. Harap mommy sudi bagi pandangan. Tq
Craving ketam perap
Saya ada masalah bila sekarang saya craving sangat nak makan ketam perap korea tu. Masalahnya ketam tu kan tak masak and pregnant women kan tak boleh makan makanan yang tak dimasak. Any idea tak yang boleh buat resepi tu jadi pregnant friendly. 😅 Kita dah la tak lalu nak makan sangat. Benda yang dok craving merepek pulak. Husband dah try masakkan ketam jadi lauk lain pun tetap tekak ni jahat nak craving ketam perap tu jugak. 😌 Btw sekarang saya 15w pregnant.
Alahan trimester kedua
Normal ke alahan start masa trimester kedua? Trimester pertama haritu saya sihat cergas bertenaga macam biasa. Saya sekarang 14w. Teruk juga alahan. Langsung tak boleh nak makan. Even minum air kosong pun muntah balik semula. Perut naik sakit bila tak ada makan apa-apa pun tetap muntah jugak. Dua anak sebelum ni tak ada alahan apa-apa. First time kena alahan macam.
Alahan carbs
Tumpang tanya mommy semua. Saya sekarang pregnant 12w. Masuk trimester kedua ni baru morning sickness saya datang. Sekarang saya tak boleh nak makan carbs langsung. Nasi, mee, pasta, tepung semua saya tak boleh nak telan. Tengok nasi pun terus rasa nak muntah. Takpe ke kalau saya cuma makan protein & buah-buahan sahaja. Cukup ke nutrien untuk baby. Bila tak lalu nak makan ni pun berat turun drastik. Last week turun 3kg. This week turun lagi 2kg. HB LOW, tekanan darah pun low. Ini punca sebab saya tak cukup makan ke? Ni first time saya kena alahan sampai lembik badan macam ni. Anak sulung dgn second dulu saya tak kena alahan langsung. Tca saya next week. Mommy boleh tak suggest any supplement ke yang boleh bantu tambah tenaga. Tq in advance semua.
Pregnant with iud
Assalammualaikum. Pinjam mata kawan-kawan semua sekejap. Nampak 2 line ke 1 line? Mata saya nampak macam 2 line. Risau sebab saya pakai iud. Anak baru 2y1m. Kalau betul positive ni high risk ke if pregnant with iud? I should consult with doc or test another upt? Anyway saya dah delay period 3 minggu. Plan nak test upt balik 2 hari lagi. Tapi rasa nak share jugak kat sini sebab risau. 🥲