Kongsi kewangan waktu pregnant

Curious dengan family lain, if korang dan suami ada income yang hampir sama, korang share 50-50 ke untuk semua bil hospital, checkup, barang newborn, atau suami korang contribute lebih sebab kita yang pregnant? Sekarang ni, saya pergi check-up klinik sendiri, dan suami cuma teman untuk scan yang "penting" je. Saya la yang penat drive ulang-alik hospital, saya jugak yang rasa semua perubahan dan simptom kehamilan ni. Bukan nak mengeluh, cuma nak tahu macam mana sacrifies korang pregnant, bawak perut sana-sini, morning sickness etc tu terbalas? Boleh pakai ke mentaliti "saya 9 bulan pregnant, awak support lah kewangan".

35 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Husband fully pay untuk pregnancy & barang baby. Setakat ni saya tak pernah guna duit sendiri lagi nak beli barang baby. Mungkin sebab ni anak yang ketiga. Alhamdulillah kewangan suami dah makin stabil. Untuk anak first & second dulu suami beli semua kelengkapan baby & saya cuma bayar untuk keperluan berpantang sendiri sahaja. Anyway everyone has their own comitment. Boleh bawa bincang dengan suami.

Baca lagi