normal ke tak rasa macam pregnant pada minggu 14-15?

cuba share experience mommies kat sini, ada tak yg macam saya? kadang tu risau sbb tak rasa mcm pregnant sbb tak rasa apa2. sebelum ni saya mual, takde selera, perut rasa kembung dan cramp. bila masuk 14 minggu dah takde semua tu dan selera makan dah ada. rasa nak pergi scan je hari hari sebab risau :( ok ke tak ke baby tuuu

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Normal awak. Saya masa pregnant takde morning sickness, selera makan macam biasa, pergi kerja naik public transport, jalan kaki, naik turun tangga, hari weekend jalan2 Genting, pergi mall, tengok wayang, brisk walk kat taman. Hari nak bersalin pun still kerja lagi. Turun tanda kat office. Malam tu pergi hospital terus admit labour room. Alhamdulillah syukur. Pregnancy symptoms tu ada banyak. Tak semua preggy mom will facing the same situation. InshaAllah selagi takde spotting/bleeding semuanya baik2 sahaja. Enjoy your pregnancy journey 🌹 Oh ya! Kalau awak ada any issue/concern tak kira la hal kecik atau besar, please consult with your doctor.

Baca lagi
1y ago

wah bestnyaa. saya first trimester memang lemau and muntah saje. takde selera nk makan langsung. masuk je trimester kedua ni, semua tu dah takde.. tu yg pelik tu hehe