susu badan kurang

Cara banyakkan susu badan ... Awal2 bnyk smpai melimpah smua tapi lps baby dah 3 bulan ni rasa mcm susu sikit sgt2 dpt dlm stgh oz je ... Knpa ye ... Blh bgi cadangan tak untuk naikkan susu badan balik ... Dah try mkn ubat , mkn makanan yg naikkan susu badan smua ..

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Untuk meningkatkan bekalan susu badan semasa mengalami masalah susu badan kurang, anda boleh mencuba kaedah-kaedah berikut: 1. Amalkan penyusuan yang kerap - Berikan bayi menyusu secara kerap, kerana semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu badan akan dihasilkan. 2. Pastikan teknik penyusuan yang baik - Pastikan bayi melekat dengan betul, dan pastikan puting susu tidak terlalu lembab atau kering. 3. Perbanyakkan pengambilan air - Minum banyak air untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat. 4. Urut payudara secara berterusan - Urut payudara sebelum atau selepas penyusuan untuk meransang pengeluaran susu. 5. Amalkan pemakanan yang seimbang - Pastikan pemakanan anda kaya dengan nutrien yang penting untuk penghasilan susu badan. 6. Elakkan stres - Stres boleh mengganggu pengeluaran susu, jadi pastikan untuk berehat dan relaks. 7. Ada juga produk penambah susu ibu seperti suplemen yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu badan. Sila mencuba kaedah-kaedah di atas dan berbincang dengan pakar kesihatan jika masalah berterusan. Semoga membantu! https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

gap kena jaga. setiap 2 3 jam wajib pam jgn miss. lps pam, marmet utk elakkan bengkak susu n kluarkn saki baki susu yg pekat. pukul 12 pg - 6 pagi mst ade 1 atau 2 kali sesi pam. check balik nipple size. sllu lps 3 bln saiz nipple akan berubah. parts pam pun ade yg kena ganti lps 3 bulan esp valve, diaphragm dgn insert. jaga supply n demand ni insyaAllah susu pekat je n yg penting makan n minum air pun kena byk. setiap 12 pg hgga 6 pg buat power pumping 1x. siang 1x. x dpt siang mlm shj pun okay. milk booster x brp mmbntu pun klau gap pam x jaga. sbb ape2 yg buat kita happy or suka mkn pun boleh je jd milk booster. risau susu je byk tp cair. klau cair x bantu naik berat baby pun. biar sikit tp maintain pekat kjp je anak dh kenyang. klau time 12 - 6 pg tu ade termiss pam, siang tu mst ade buat power pumping 1x biar x drop

Baca lagi
2mo ago

nk byk hindmilk mmg plg lewat gap 3 jam skli. n pastikan mkn cukup or minum bnda manis at least sebelum or semasa pam. so far sy mkn smbil pam or minum manis sebelum or smsa pam susu2 yg sy simpan semua ade 3 layer n nmpk byk hindmilk. gap sy max 3 jam. kdg2 terlajak pun 3 jam stgh je mcm tu. klau byk sgt pam 4 5 jam skli n byk miss mmg akan byk foremilk je wpun hasil pam byk tp x pekat pun. n lps pam marmet biar susu2 blkg tu kluar habis. biar sekali pam dpt 2 3 oz pun xpe yg penting pekat drpd skli pam dpt 6 7 oz tp cair.

kena guna pam susu kalau dah jaga pemakanan dan kerap susukan baby. buat power pumping waktu malam. kalau boleh pukul 2 pagi buat dan kena consistent buat setiap hari pada waktu yg sama. utk permulaan boleh buat 2 sesi power pumping: 1 tgh hr, 1 malam. sy pun jd mcm sis masa anak 1st. lepas sebulan susu drop teruk dan hampir takda susu badan. tapi lepas consistent pam 5 kali sehari termasuk power pumping dan makan makanan yg tambah susu alhamdulillah susu meriah

Baca lagi
2mo ago

macam ni sis. buat hari² boleh nampak perubahan penambahan susu

Post reply image

Sy pn haritu susu production berkurang, plus lagi anak malas nak latch dkt badan.😅 tapi lpas tu sy ada try nufiya jelly and milk booster tu. Tp tak berkesan.. cuba awk try momma pregolact milk booster, sy dulu slalu pam every 3hrs dpt 2oz mcmtu je. Skrg every 3hrs dpt 4oz-5oz. And jgn lupa minum air masak 2-3ltr/day. Tp ikut badan jgak lah effect susu ni kn 😅

Baca lagi

mmg ada org yg x de susu badan.. mcm sy masa anak 1st dulu.. dpt menyusukan dia 6 bulan je.. lepas tu susu xde.. walaupun sy pump susu tp tetap xde.. jd dia membesar dgn susu formula je.. tp masa anak no.2 rezeki dia dpt menyusu sampai lebih 3 tahun.. sy x tau la kot ade kaedah nk byk kn susu tu.. dh cuba buat tips tu semua tp xde rezeki ade susu masa tu..

Baca lagi

Sis susu direct ke exclussive pumping? Kalau pump kena jaga jadual pam. Marmet sekali lepas pam. Kalau menyusu badan lepastu pam, normal dapat .5-1 oz. Kalau nak dpt lebih tggu lepas sejam lepas feeding. Powerpump every morning sgt membantu.

anak myusu bdn ke tak? klau anak tak myusu bdn kena kerap pum. jenu skit la. setiap 2 jam. tgh mlm pun kena pump tau. setiap 2 jam dlm 24 jam. bkn siang je pum.

Same nk taw jgk sye pum dari dlm pantang tp susu tetap x meriah. Nuse kk kata sye ade masalah hormon tp nk taw btol ke ade yg same mcm sye

maaf nak tanya.. susu badan ni kena ada banyak sblm bersalin atau lps baby keluar?

2mo ago

tak perlu banyak, yg penting cukup untuk baby. and jawapannya lepas bersalin. sebab lepas bersalin baru hormon2 untuk keluarkan susu akan banyak terhasil.