Ragam bayi dalam pantang!
Boleh tak share jenis-jenis ragam bayi dalam pantang? Betul ke orang kata bayi ni perkembangan dia tukar setiap bulan? takut meroyan je

Elakkan meroyan dgn cari ilmu tentang penjagaan ibu slps bersalin, ilmu penjagaan bayi, tenangkan dan tidurkan bayi, tumbesaran mental dan fizikal anak, penyusuan bayi dll. Nak jadi seorang ibu kena ada ilmu. Didik diri tenang, happy mom happy child. 🥰🤗 Dlm TAPS banyak artikel/ video pasal pertanyaan puan. Lepas kelahiran saya stress sbb susu bengkak dan org ke3 cadangkan sediakan susu formula, takut tak cukup katanya. 🙄Saya dah niat susu badan, stress dengar "susu formula" . Hampir bergaduh dgn suami pasal ni seolah tak support saya nak bf. Syukur Allah lintaskan sy utk kami call kak ipar yg full bf 2 org anaknya. Ajar cara urut. Pengguna apps ni pun ada komen pada soalan pengguna lain yg hadapi ujian penyusuan. Dia cadangkan ikuti IG kaunselor penyusuan bertauliah. Saya ikuti IG norfazilah abdul rahman. Banyak ilmu baru dapat dan manfaat, penyampaiannya pun saya selesa. Tak terlewat saya belajar penyusuan susu ibu dlm tempoh selepas bersalin tu. Syukur, kami dpt hadapi ujian penyusuan dgn baik dlm tempoh nak masuk 7 bulan ni. Doakan saya terus hadapinya dgn redha, sabar dan syukur hingga 2 tahun penyusuan susu ibu. 🤱 Ni salah satu perkongsian ujian di awal kehidupan baru selepas bersalin saya. 🥰🤲🌻 All the best puan 💐
Baca lagi



Got a bun in the oven