Puasa Waktu Mengandung

Boleh tak kalau puasa time mengandung dan nak tahu bila kita rasa waktu yang tak boleh nak puasa tu? Maksudnya mungkin kita boleh tahan lagi lapar dahaga tu, tapi actually tu tak baik untuk baby. Boleh tak nak tahu kalau ada ibu-ibu yang sebelum ni pernah mengandung time puasa ?

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

first kena tgk kesihatan badan sendiri dan tahu puasa masa trimester ke berapa. paling penting RUJUK doktor sebelum nak berpuasa nanti. selalunya masa 1st trimester byk alahan, mungkin kurang sesuai nak puasa. tapi kalau badan larat, tak salah nak cuba. 1st trimester yg penting jgn skip folic acid je. puasa masa trimester kedua yg paling sihat la selalunya sbb dah mula kurang alahan. untuk pergerakan masih belum boleh rasa, kalau risau terus scan untuk tgk perkembangan baby. masuk trimester ketiga dah kena kira pergerakan baby. kalau kurang 10, terus berbuka dan pergi check dgn doktor. tak kira fasa mana pun kita, kalau masih loya, muntah, pening menggigil dan sebagainya, dibenarkan berbuka. mcm saya puasa masa trimester ketiga. alhamdulillah dpt puasa penuh, baby pun berkembang normal dan sihat sampai la bersalin

Baca lagi

kalau ibu dan baby takda masalah apa² boleh je cuba dulu puasa. kalau rasa tak larat sgt, mcm sakit kepala teruk ke, nak pitam ke tak larat sgt² berbuka la . utk yg dah boleh rasa baby gerak, baby kurang gerak, rasa tak sedap hati, risau berbuka jelah. saya dah puasa masa mengandung tahun 2015 , 2016, 2021 semua masa kandungan dlm 8 ke 12 w cmtu.. alhamdulillah ok

Baca lagi

sy pun dinasihatkan tidak berpuasa sbb byk risiko. kencing manis, anak pertama dlm umur 39 thn. walau xde alahan, tp doc xgalakkn bpuasa. pernah cuba last week nk ganti puasa tp esoknya bdn terus jd menggigil nak pitam. tgk keadaan diri kita n pkkn baby lam perut. lau mampu, boleh bpuasa. sape yg suka2 nak tgl puasa kan.

Baca lagi

1) orang mengandung tetap wajib puasa mcm biasa.boleh dengar ceramah agama. 2) dibolehkan tinggal puasa jika risau akan kesihatan diri sendiri or kesihatan janin dlm kandungan 3)dapatkan nasihat doctor awak 4)masa sahur pastikan menu yg sesuai utk ibu mengandung.

Baca lagi

Rezeki awk sgt sis boleh puasa ni.. Sy ibu berisiko.. Kne mkn ubat 3 kali sehari smpai bersalin.. Sy tny doktor tntg puasa.. Doktor jwb "puan kne fikir tntg puan dan baby sebab puan bergantung dengan ubat"..... Kalau awk mampu bertahan.. Boleh puasa