Berpantang

boleh share pengalaman berpantang tak 🥺 ? nk kena sediakn apa yea

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Mommy boleh cari senarai semak keperluan ibu dan baby di google. Macam saya, baca pengalaman orang berpantang pun bagus juga. Kita akan nampak suasana dan situasi sepanjang berpantang based on pengalaman orang lain. paling penting, sediakan keperluan semasa berpantang tu sendiri - keperluan baby dan ibu. Setting bilik/ruang berpantang ikut keselesaan kita. cthnya susun aturkan barang keperluan agar mudah diambil/dicapai bila perlu.

Baca lagi
TapFluencer

Saya dan suami bincang dan berkeputusan 2 minggu di rumah mertua dan suami cuti 2 minggu untuk belajar cara menguruskan anak dengan ibunya. Selepas 2 minggu, kami balik rumah sendiri, sebab tempat kerja suami dekat dengan rumah, tengahari suami balik mandi kan anak.

3mo ago

Sambung. Berpantang ni ikut keperluan masing-masing dan ketahanan tubuh masing-masing. Saya tak rasa penat semasa tempoh nifas. Saya tak pasti kenapa, yg pasti Allah kurniakan rezki segar semasa tempoh nifas. Tapi adalah ujiannya. Antara ujian yg saya hadapi: 1. sampai rumah dah bengkak susu. Apa yg perlu disediakan ialah ilmu penyusuan susu ibu yg betul. Semasa hamil ji, cari ilmu penyusuan dgn betul. Saya hanya membaca dan join kelas antenatal. Masa hamil saya tak aktif medsos untuk jaga kesihatan mental saya. Lepas bersalin baru join konsultan penyusuan di IG dan FB. Boleh follow FB GROUP Happy Breastfeeding Malaysia dan medsos Owh Didiyana. Tiada jual produk.