Susu badan sikit.
Boleh bagi cadangan mcm mana nak ajar bayi 2 bln minum susu formula ? Sbb bg susu formula dia xminum baby nk susu badan jugak. Susu badan xbnyk sgt.

Kalau boleh bagi susu badan, try bagi susu badan sepenuhnya. Saya dulu hampir give up juga sebab susu tak banyak dah anak susah nak lekat kat breast, tapi saya ikhtiar dan usaha untuk bagi juga. Ni apa yang saya buat untuk tambah susu badan: - Pump dengan konsisten, 4 jam sekali selama 20 minit - Minum air banyak banyak, ibu breastfeeding kena minum extra 700ml, iaitu 2 liter + 700ml air - Buat power pumping - Makan milk booster. Milk booster ni banyak dan ikut orang juga. Saya punya milk booster ialah halba. Cuba teruskan menysu dan juga pump. Baby mungkin lebih suka susu badan puan sebab tu lah makanan first dia keluar didunia ni dan juga makanan terbaik untuk anak puan. 🤗
Baca lagi