Jika jenama susu bayi anda diboikot, apa yang anda lakukan?
549 respon
![undefined profile icon](https://static.cdntap.com/parenttown-prod/profile_15637872962857.jpg)
Saya teruskan… susu tu je yg sesuai dgn baby saye & mesra poket… nk tukar pon skrg harga barang naik.. yg mana saye boleh boikot.. saye akan boikot… bukan saye x fikir anak² kecil di sana.. saya terpaksa… so x yah kecam sgt lah yer…
masih dengan direct feeding sahaja.. now baby dah 1 tahun 5 bulan..minum susu farm fresh kids ja . baby tak suka formula. pernah try 4 jenis formula .. dia reject ..last last farm fresh dia suka🤣
tukar produk la kut? 🤔 xtau la sbb xde pengalaman. Kalau hat sulung rasanya xde isu tukar produk semua susu dia togak je 😅.. hat adik baby lg masih menyusu badan
Mati anak org lain sbb di-bom dan ditembak takpe asal jangan sakit anak sendiri stakat tak sesuai minum susu lain. Sbb tu memilih untuk teruskan pakai. Pikir-pikirkan.
Walaupun saya tak ada pengalaman bagi saya ibu ibu yang masih pakai susu yg di boikot ni mesti ada sebab sebab mereka so jgn kecam mereka
pernah guna yang pricey sikit kes termakan kata2 misi supaya kuning anak cepat turun, alhamdulillah ok saja. sekarang fully bf.
Tiada pengalaman susu formula. Jadi tak tau nak komen apa. Kadang bagi susu kambing yg saya minum selain susu ibu sepenuhnya.
kalau saya teruskan pakai sebab anak susah nak serasi dengan susu. jika tiada mudarat, boleh tukar.
tukar jenama lain. Alhamdulillah. ok je anak serasi ngn susu lain
susu ap yg diboikot?
yg dah ada pakai, bila dah habis tak teruskan beli