Anak tak mahu makan
Blh bantu saya..anak umur setahun. Langsung tak nk mkn. Bila suap mknn, bby tutup mulutnya..dia nak breastfeeding je..blh mommy2 suggest..apa perlu saya buat ya..

Cuba ubah masa makan dia dan cara minum susu. Anak sya umur setahun sebulan lebih kuat makan,1 piring mengunung boleh habis. Cara anak sya makan pagi jam 8-9 petang 5-6. Menyusu tengahari/jam3/10malam/subuh. Sya bagi anak sya makan bubur ayam ja hari2. Steam ayam(sya pakai drumstik sebab bahagian badan ayam,drumstik paling sesuai sebab mewangikan lagi bubur.) lepas tu masukkan ayam dalam air steam tu,letak beras dan letak perasa ayam@sayur (khas utk baby) sama chicken stock 2/3 sudu teh. Bubur ni mmg wangi dan menambahkan selera.even sya sendiri pun suka makan bubur ni😄. Menu ni sudah sya berikan dari umur anak sya 5 bulan lebih lagi. Tapi masa umur dia 5 bulan lebih tu sya blender dulu beras tu baru masak macam yg di atas.( saya gunakan periuk karan yg ada tulisan porrige ) senang je tekan dan auto masak,dan keep warm dari malam sampai ke pagi. Biasa sya masak bubur anak sya malam lepas maghrib dan pagi2 tu dia boleh makan da dan petang sekali. Bubur mmg tahan lama dan tak basi,kalau ikut cara sya. Selamat mencuba😉
Baca lagi