Kerenah pelik ketika trimester kedua

Bila masuk trimester kedua ni saya mula ada perangai baru. Padahal sebelum ni tak minat pun nak buat. Iaitu suka make up. Dulu nak pakai skincare pun malas bukan takat malas siap pakej tak pernah beli pun. Skincare yang ada pun cuma pencuci muka. Takde lah basuh setiap hari tapi time rasa nak cuci saya cuci time malas tak cuci pun muka. Tapi sekarang siap beli satu set skincare vit C, losen badan, scrub badan. Lipstik, bedak kompak. Sampai anak-anak saya kata agaknya umi ni buang tabiat ni tiba-tiba suka make up. Dulu sebelum mengandung nak keluar rumah tu cukup pakai baju kemas dan tudung. Takde nya nak pakai bedak ke lipstik. Tapi sekarang nak keluar rumah pergi kedai pun mesti pakai lipstik ataupun pelembap bibir. Sebelum ni kulit muka saya tak bermasalah jadi saya memang tak kisahkan skincare sekarang pun sama tapi perasaan tu asyik nK pakai make up, nak jaga muka. Suami kata agaknya saya mengandung ke anak perempuan tu asyik nak make up je. Ada ke ibu lain yang macam saya. Ada perangai pelik masa mengandung? #kongsiCerita

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy masa pregnant anak pertama pun mcm tu. Suka berhias. Hari2 buat rambut, full make up. Masa ada bleeding dan nak pegi PAC, sempat make up. Nak masuk labour room, make up lagi. Habis ja bersalin, make up lagi. Tp second pregnancy ni, skincare tak bersentuh langsung. Malas nak pakai skincare, make up apatah lagi. Skrg sy dah mcm potato dah ni. Dgn rambut mcm nek kebayan.

Baca lagi
9mo ago

tu pasal sebelum ni takde pun suka berhias... tapi kali ni memang gila gila suka berhias... jaga badan. sampai suami kata saya dah macam kena minyak wangi tumpah dari lori