Kerenah pelik ketika trimester kedua

Bila masuk trimester kedua ni saya mula ada perangai baru. Padahal sebelum ni tak minat pun nak buat. Iaitu suka make up. Dulu nak pakai skincare pun malas bukan takat malas siap pakej tak pernah beli pun. Skincare yang ada pun cuma pencuci muka. Takde lah basuh setiap hari tapi time rasa nak cuci saya cuci time malas tak cuci pun muka. Tapi sekarang siap beli satu set skincare vit C, losen badan, scrub badan. Lipstik, bedak kompak. Sampai anak-anak saya kata agaknya umi ni buang tabiat ni tiba-tiba suka make up. Dulu sebelum mengandung nak keluar rumah tu cukup pakai baju kemas dan tudung. Takde nya nak pakai bedak ke lipstik. Tapi sekarang nak keluar rumah pergi kedai pun mesti pakai lipstik ataupun pelembap bibir. Sebelum ni kulit muka saya tak bermasalah jadi saya memang tak kisahkan skincare sekarang pun sama tapi perasaan tu asyik nK pakai make up, nak jaga muka. Suami kata agaknya saya mengandung ke anak perempuan tu asyik nak make up je. Ada ke ibu lain yang macam saya. Ada perangai pelik masa mengandung? #kongsiCerita

 profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!