Ibu-ibu Gojes semua, ada tak yang ada pengalaman kena UTI/kencing kotor? Saya sekarang tengah kena UTI. Start kena dari trimester pertama lagi sampai sekarang. Antibiotik dah masuk kali kedua kena makan. Air garam tu pun dah kena minum . Sekarang ni kencing sakit, lambat sikit kencing start sakit di pundi kencing dan di bahagian belakang di bawah rusuk tu. Apa agaknya yang doktor akan buat kalau UTI ni berterusan? #mintapandangan
Read moreCeritanya pagi ni masa saya tengah bekerja, saya kerja sebagai tukang masak di sebuah madrasah. Jadi masa tu saya tengah membasuh periuk dan kawah lah, tapi tak tahu macam mana masa saya nak bergerak nak bangun tu tiba-tiba kerusi yang saya duduk tu jadi lembik dan patah saya yang tengah nak bangun tu jatuh terduduk. Tapi so far saya takde rasa sakit perut yang kuat. Cuma sikit sikit je. Patut ke saya ke klinik? Ke tak perlu? #kongsiCerita
Read moreKerenah pelik ketika trimester kedua
Bila masuk trimester kedua ni saya mula ada perangai baru. Padahal sebelum ni tak minat pun nak buat. Iaitu suka make up. Dulu nak pakai skincare pun malas bukan takat malas siap pakej tak pernah beli pun. Skincare yang ada pun cuma pencuci muka. Takde lah basuh setiap hari tapi time rasa nak cuci saya cuci time malas tak cuci pun muka. Tapi sekarang siap beli satu set skincare vit C, losen badan, scrub badan. Lipstik, bedak kompak. Sampai anak-anak saya kata agaknya umi ni buang tabiat ni tiba-tiba suka make up. Dulu sebelum mengandung nak keluar rumah tu cukup pakai baju kemas dan tudung. Takde nya nak pakai bedak ke lipstik. Tapi sekarang nak keluar rumah pergi kedai pun mesti pakai lipstik ataupun pelembap bibir. Sebelum ni kulit muka saya tak bermasalah jadi saya memang tak kisahkan skincare sekarang pun sama tapi perasaan tu asyik nK pakai make up, nak jaga muka. Suami kata agaknya saya mengandung ke anak perempuan tu asyik nak make up je. Ada ke ibu lain yang macam saya. Ada perangai pelik masa mengandung? #kongsiCerita
Read moreHai ibu-ibu Gojes semua, saya nak tanya waktu bila ibu-ibu muka beli barang baby ya? Sebab saya dah mengandung lima bulan kebetulan ditempat saya ni ada buat karnival barang bayi dan murah murah saya dan suami nak beli tapi orang sekeliling tak bagi. Diorang kata awal lagi. Jangan over sangat kata nya.. #bantujawab
Read more