βœ•

Checkup kat private, tapi nk bersalin kat hospital gov

Betul ke kalau buat monthly checkup di klinik private, ibu mengandung TIDAK BOLEH bersalin atau melahirkan di hospital kerajaan? Banyak pertanyaan dan kekeliruan samada dibolehkan atau tidak melakukan pemeriksaan bulanan di klinik private TETAPI proses melahirkan dilakukan di hospital kerajaan. Jika anda mempunyai masalah atau kekangan untuk membuka buku pink dan membuat pemeriksaan bulanan di hospital kerajaan, anda BOLEH membuat pemeriksaan tersebut di klinik atau hospital swasta sepanjang tempoh anda mengandung. Malah anda dialu-alukan untuk menyambung rawatan di klinik kerajaan apabila sudah hampir dengan β€˜due date’ melahirkan atau apabila memasuki trimester ke-3. Namun, Sila pastikan anda mendapat semua keputusan kumpulan darah dan suntikan ATT serta dokumentasi yang lengkap berkaitan dengan tahap kesihatan anda dan juga bayi di dalam kandungan sebelum bertandang ke hospital kerajaan. Ia sangat membantu anggota kesihatan di hospital kerajaan dalam memberikan perawatan seterusnya kepada anda dan bayi di dalam kandungan. Seperti yang anda sedia maklum, pasti terdapat perbezaan jika mendapatkan perawatan di klinik private dan klinik kerajaan. Jika prosedur dan rawatan dibuat di klinik private, biasanya anda akan hanya mendapat sekeping kad temujanji sahaja. Namun, apabila menjalani rawatan di klinik kerajaan, anda akan memiliki satu salinan buku pink dimana, di dalam buku pink tersebut, semua maklumat kesihatan anda dan bayi didokumentasi. Tiada isu atau fahaman yang menyatakan anda tidak LAYAK bersalin di hospital kerajaan atas tiket anda melakukan pemeriksaan bulanan di hospital/klinik swasta. Ringankanlah mulut bertanya di klinik-klinik kerajaan yang terdekat. #kamisediamembantu #MisiLara

11 Balas

boleh berklinik kat kerajaan..bersalin kat private..tapi kena check up 3 kali kat private selama 9 bulan tu utk drg ambil info ttntg u..mcm sya..klinik kerajaan tapi bersalin nanti di gleneagles.

Nak tanya, boleh ke buka buku pink tanpa sijil nikah? Sy dan suami tak daftar nikah lagi atas sbb passport suami dlm "cooling period" (permit kerja tukar ke passport biasa)..

Sm la sy pon tp suami dah nk Masuk dah setelah 6bln terkandasπŸ˜₯

Sya ad first n 2nd checkup swasta... Tpi pegi gov untuk bersalin.. untuk kehamilan ke3 ni..terpakselah checkup kk.. sbb company tk cover dah... Kih3

sis nk tnya... sis buat jg ke buku pink di gov atau bw buku yg di klinik swasta shj

tumpang tanya..boleh ke buka buku pink untuk yg mengandung anak luar nikah?

Kalau kita dah 3 kali checkup dkt swasta anak luar nikah bersalin di hosp gov boleh ke??

Baru nak kemukakan soalan pasal ni..tp misi yg baik ni da jelaskan..tq2..

Alhamdulillah... Terima kasih misi... πŸ₯°πŸ’•

Thank and good information misi πŸ‘πŸ’–

VIP Member

Thank u for the info 😊😊

VIP Member

T.kasih utk infonya

Nice misi πŸ‘πŸ‘

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan