Checkup kat private, tapi nk bersalin kat hospital gov

Betul ke kalau buat monthly checkup di klinik private, ibu mengandung TIDAK BOLEH bersalin atau melahirkan di hospital kerajaan? Banyak pertanyaan dan kekeliruan samada dibolehkan atau tidak melakukan pemeriksaan bulanan di klinik private TETAPI proses melahirkan dilakukan di hospital kerajaan. Jika anda mempunyai masalah atau kekangan untuk membuka buku pink dan membuat pemeriksaan bulanan di hospital kerajaan, anda BOLEH membuat pemeriksaan tersebut di klinik atau hospital swasta sepanjang tempoh anda mengandung. Malah anda dialu-alukan untuk menyambung rawatan di klinik kerajaan apabila sudah hampir dengan ‘due date’ melahirkan atau apabila memasuki trimester ke-3. Namun, Sila pastikan anda mendapat semua keputusan kumpulan darah dan suntikan ATT serta dokumentasi yang lengkap berkaitan dengan tahap kesihatan anda dan juga bayi di dalam kandungan sebelum bertandang ke hospital kerajaan. Ia sangat membantu anggota kesihatan di hospital kerajaan dalam memberikan perawatan seterusnya kepada anda dan bayi di dalam kandungan. Seperti yang anda sedia maklum, pasti terdapat perbezaan jika mendapatkan perawatan di klinik private dan klinik kerajaan. Jika prosedur dan rawatan dibuat di klinik private, biasanya anda akan hanya mendapat sekeping kad temujanji sahaja. Namun, apabila menjalani rawatan di klinik kerajaan, anda akan memiliki satu salinan buku pink dimana, di dalam buku pink tersebut, semua maklumat kesihatan anda dan bayi didokumentasi. Tiada isu atau fahaman yang menyatakan anda tidak LAYAK bersalin di hospital kerajaan atas tiket anda melakukan pemeriksaan bulanan di hospital/klinik swasta. Ringankanlah mulut bertanya di klinik-klinik kerajaan yang terdekat. #kamisediamembantu #MisiLara

Checkup kat private, tapi nk bersalin kat hospital gov
11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Good info.. ✌