Ikatan Ibu & Anak Lebih Erat Bila Ibu Ayah Amalkan Pengasuhan Semula Jadi Bermula Di Rumah

Bergelar ibu dan ayah merupakan saat yang paling ditunggu oleh semua orang. Kehadiran anak akan menceriakan lagi suasana dalam rumah. Namun, ramai ibu bapa hari ini kekurangan masa untuk diluangkan bersama anak kerana kesibukan bekerja. Oleh sebab itu, anak rasa terabai lantas menghabiskan banyak masa dengan bermain telefon bimbit. Malah ibu bapa juga tertekan untuk berharap prestasi akademik cemerlang pada anak dan kemudiannya berlumba untuk mendapatkan pendidikan seawal mungkin. Disebabkan itu, jenama susu kanak-kanak Friso Gold memulakan kempen Growing Up Together, Naturally yang bertujuan bagi memulakan pengasuhan semula jadi di kalangan para ibu di Malaysia. Dengan cara ini, Friso Gold dapat memberi galakan dan pengalaman kepada ibu supaya berpeluang melihat anak membesar di hadapan mata sekaligus mereka boleh mempelajari sesuatu yang baru dan menghargainya. Malah ia juga dapat menggalakkan ibu mengamalkan gaya keibubapaan yang dinamik. Secara tak langsung dapat membantu anak membina kekuatan diri dan peribadi serta membesar mengikut tahap perkembangan mereka. Membina gaya keibubapaan dan asuhan secara semula jadi Menurut Eugenie Laarman, Pengurus Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad, gaya pengasuhan semula jadi ini sangat mudah seperti berjalan bersama anak di sekitar rumah, membuat kek dan biskut serta melakukan aktiviti bermain bersama-sama. Oleh sebab itu, pihaknya perlu mendapatkan pengaruh ibu Malaysia bagi menyebarkan kempen ini kepada semua agar dapat memberi kesan positif kepada masyarakat. Bagi mempraktiskan konsep ini, Friso Gold bekerjsama dengan Charis Wong, Pakar Psikologi Kaunseling untuk berkongsi kepakarannya dalam bidang tersebut. Menurut Charis, banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan pengasuhan semulajadi ini kerana dapat menguatkan ikatan antara anak dan ibu. Selain mendedahkan anak dengan permainan yang selamat dan alami. Friso Gold juga turut bekerjasama dengan tiga ibu selebriti iaitu usahawan, Nurul Zulkifli, Pereka Yiu Lin dan Blogger Cheesie. Ketiga-tiga mereka ini akan berkongsi penemuan dan kejayaan mereka di laman sosial tentang cabaran dan gaya keibubapaan semulajadi ini.

Ikatan Ibu & Anak Lebih Erat Bila Ibu Ayah Amalkan Pengasuhan Semula Jadi Bermula Di Rumah
2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Aktiviti di rumah yang kita buat dengan anak dapat merangsang perkembangan mereka. Dalam masa yang sama dapat lihat mereka membesar depan mata.

VIP Member

Tq