Bukan antiVaks

Berapa lama ye jarak kena rancang kehamilan selepas ambil vaksin ? Minggu depan saya dapat dos pertama . Saya dah dekat 7bulan kahwin, masih tak ada rezeki zuriat 😔.. Ada tak yang rasa macam taknak vaksin lagi, nak try mengandung lagi bulan nii 😔

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy pun mcm sis juga.. dulu takut nak ambil vaksin sbb pikir nak pregnant..tp sy cuba positif kan diri.. vaksin pun salah satu ikhtiar kita untuk elak wabak covid ini... sy dah ttc 1yr7month masih belum ada rezeki....and minggu lepas sy baru tahu.. sy ada endometriosis cyst 4.7cm...doktor suruh operation....sy doakan semua yg ada dlm group ni... yg tgh ttc dikurniakan zuriat soleh dan solehan dan dijauhkan penyakit yg berbahaya.. Aminn

Baca lagi

Better ambik vaksin dulu baru rancang pregnant. Kalau nak tgu pregnant, nanti dah pregnant duk tgu lepas bersalin plk baru nak vaksin. Bukan boleh pilih pun bila nak pregnant. Cuma boleh try, ada rezeki lekat. So better settlekan vaksin dulu.

InsyaAllah boleh teruskan untuk ambil vaksin bagi dos pertama. Dos kedua, andai dalam tempoh puan pregnant (kurang 14 minggu), boleh tunda dan update di MySejahtera. Nanti mereka akan berikan temujanji yang sesuai dengan usia kandungan puan.

Soalan ni boleh tanya doktor sis. Tak ada masalah. Tapi kan sis, ada je yg pregnant masa ambil vaksin & masatu dia belum tahu dia pregnant sbb awal lagi. Sabarlah sis. Saya pun tggu nk dkt 2thn. Allah akan beri anak tepat pada masanya.

Baca lagi