Tips banyakan susu

Baby dh 10 hari. Bila pam susu hanya dapat 1oz. Mmg setakat tu je ke sampai bila2? Sedangkan baby demand 2oz tpksa topup formula. 😔

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

banyak cara sebenarnye. tengok atas orang: 1. urut breats kene tekan, sakit sikit. selalu tukang urut reti 2. urut ketiak, urut belikat. ni saluran susu 3. kene happy, lagi happy lagi meriah susu. tengok shopee lazada ke. tengok lah apa apa yang happy. netflix ke. 4. pergi pharmacy cakap 'ada tak pill utk milk booster'. ada pil tuh. satu papan 5 ringgit. ubat tuh ubat angin, tapi effect dia banyakkan susu. 5. minum air banyak banyak utk banyakkan susu 6. rebus kurma merah, ambil segenggam kurma merah, campak dalam periuk. isi air sampai penuh. jangan letak gula. rasa payao tahan lah sikit. boleh minum suam suam atau dah sejuk pun takpe. 7. jangan sedih. hormon sedih, susu pun kurang. 8. pam pun boleh. ikut lah mana yang nak. lain orang lain badan.

Baca lagi