7 Balas
PUTING KOSONG HANYA MENDATANGKAN KESAN NEGATIF JIKA DIGUNAKAN BERLEBIHAN Penggunaan puting kosong tak salah selagi ia digunakan dengan bersederhana dan memahami konsepnya. Bahkan, jika digunakan dengan betul ia boleh memberi manfaat kepada bayi dan memudahkan ibu bapa. Yang penting, jangan menganggap puting kosong sebagai satu-satunya solusi kepada tangisan bayi. Jangan biarkan penggunaan puting kosong berlarutan sehingga bayi berusia 2-3 tahun kerana ia boleh mengganggu pertumbuhan gigi susu dan menjadi tabiat yang sukar dihentikan. Dalam sesetengah kes, ia juga boleh mengganggu proses penyusuan. Oleh sebab itu ibu bapa perlu ‘alert’ dengan berat badan bayi setelah mula menggunakan puting kosong. Jika anda dikhuatiri mengalami kesan negatif setelah menggunakan puting kosong, pertimbangkan semula dan berbincanglah dengan doktor tentang masalah tersebut.
Tak bahaya pun.ank akak berputing dari dalam hari lagi.beri time dia nak tido je lepas tu cabut lah.tak beri sepanjang masa
X bahayapun... bagi puting nanti dia diam. Kalau blh bg puting yg brand okay like NUK or tommee tippee
Kembung perut nanti sebab hisap angin.. kalau biar baby nyusu botol kosong pon tak boleh
Rasanya tak bahaya. Cuma mungkin akan buat baby senang kembung perut.
Tak bahaya pun. Bila tidur cepat2 cabut
X bahaya pun