Ibu Hamil Positif Covid

Assalamualaikum...saya nak tanya ada tak ibu2 hamil pernah or sedang mengalami +Covid and kuarantin di rumah🥺boleh share petua

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Salam. Saya antara ibu mengandung yang positive covid pada bulan feb 22, masa kandungan 32 minggu. Sudah lengkap dua dos vaksin.Tapi alhamdulillah symptom hanya 1 hari demam panas cecah 38.5 degree, lepas tu di ikuti oleh flu & batuk. Sekarang dah masuk 3 minggu, symptom batuk masih ada, tapi kadang2 sahaja. Saya juga hanya kuarantin di rumah sebab mild symptom. Sepanjang kuarantin, pihak KKM akan sentiasa follow up melalui call. Saya juga perlu hadir ke CAC untuk membuat assessment, dan xray lungs. Syukur xray menunjukkan yang lungs saya clear. Jangan lupa update assessment dekat mysejahtera sekali. Tak ada petua, cuma sepanjang kuarantin, saya hanya makan ubat yang diberikan oleh KKM. Ibu mengandung perlu berhati2 dalam pegambilan ubat dan ubat mestilah sesuai untuk ibu mengandung. Jangan lupa makan makanan yang sihat dan banyakkan minum air. Insyaallah semuanya akan okay. Skrg kandungan saya dah masuk 35 minggu, dan alhamdulillah saya rasa sihat seperti biasa.

Baca lagi

Salam..saya baru je baik dari covid minggu lepas..kandungan 21weeks.. Alhamdulillah,simtom tak teruk tapi pada hari pertama dapat tahu positif tuu,dah start badan seram sejuk & lenguh badan sampai ke tulang..tapi sekejap je dalam sehari..saya makan panadol atau paracetamol pagi lepas bfast & malam pun saya ambil untuk 3hari.. minum air sunkist & makan oren,minum air suam banyak2 (boleh perah limau kasturi 2-3biji) supplements pregnancy jangan skip & mandi 2-3kali sehari..pagi dalam jam 8-9am tuu saya cuba jemur dalam 10mins dekat luar rumah.. InsyaAllah,semoga membantu ya tips ni..berdoa banyak2 semoga baby dan ibu sihat serta kuat..

Baca lagi

Waalaikumusalam. Hi sis. Mcm saya kena +ve time hamil, Masa tu belum vaksin lagi. Kuarantin pon dekat rumah time tu. Jgn stress stress ye. Kena lawan covid tu. Jgn down. Kalau kita layan sakit tu mmg auto kita lembik. Takde selera makan pon paksa jugak makan. Fikir nak sihat aje. Banyakkan minum air suam jgn minum air sejuk. Pantau oxygen yang penting. Saya doakan sis cepat sembuh dari covid ye 😊😊 kuatkan semangat!!!!

Baca lagi
VIP Member

Bulan 10 2021,sye ve covid.. Masa tu pregnant 33weeks.. Kena kuarantin kat hospital sbb dh 3th trimester dh.. Diorg tk bgi kuarantin kt umah.. Kuarantin kt hospital lgi seksa tau.. Segala ubt ape semua kena beli sendiri.. Kita ckp dgn nurse pon diorg tkde bgi ubt,diorg sndri yg ckp kne beli ubt sendiri.. Mmg kne pandai2 la bwk diri klau kuarantin kt hospital sis

Baca lagi

hi sis. saya masa COVID kandungan baru 4weeks. saya masuk hospital waktu tu sebab stage 3 paru paru ada bakteria. saya ikut apa ubat doktor bagi. doktor tahu yang apa sesuai untuk ibu hamil. minum lebih air lemon cuma rendam lemon dgn air biasa. tiap hari minum secawan.

Sy pernah ve. Demam skit2 bdan batuk skit tekak. Tp ape2 pun kena sentiasa pkir baik2 n xyh pkir sgt covid. Takut kita lagi down. Anggap demam biasa. Ikhtiar dgn paracetamol (2 bji sehari je) pastu mkn buah oren sunkist 1@2 biji sehari. Alhamdulillah Allah mudahkan

sy pon skrg tgh +ve sis. . tp insyaAllah xde ape. anggap je dmm biase. mcm sy mle2 dmm bdn skit2. . tp shri je dmm n bdn skit2. . sy mkn ubt dmm je. . bru hari nie plak batuk. . klau sis rse kshtan makin trok bleh je tros ke hspital atau call cac terdekat. .

pengalaman saya positive covid,setiap Hari minum air kelapa muda + lemon. alhamdulillahh simptom2 kurang cuma flu je.. lepastu update kat cac kita punye condition since day 1 sampai hri terakhir kuarantin

Saya pon tgh positive covid.. Hamil dlm 12 weeks.. Tapi setakat nie xde pape yg merbahaya la.. Biasa saja.. Alhamdulillah

tak pasti. sbb kakak ipar saya kena duduk dekat hospital. sorry tak membantu