Ibu Hamil Positif Covid
Assalamualaikum...saya nak tanya ada tak ibu2 hamil pernah or sedang mengalami +Covid and kuarantin di rumah🥺boleh share petua

Salam. Saya antara ibu mengandung yang positive covid pada bulan feb 22, masa kandungan 32 minggu. Sudah lengkap dua dos vaksin.Tapi alhamdulillah symptom hanya 1 hari demam panas cecah 38.5 degree, lepas tu di ikuti oleh flu & batuk. Sekarang dah masuk 3 minggu, symptom batuk masih ada, tapi kadang2 sahaja. Saya juga hanya kuarantin di rumah sebab mild symptom. Sepanjang kuarantin, pihak KKM akan sentiasa follow up melalui call. Saya juga perlu hadir ke CAC untuk membuat assessment, dan xray lungs. Syukur xray menunjukkan yang lungs saya clear. Jangan lupa update assessment dekat mysejahtera sekali. Tak ada petua, cuma sepanjang kuarantin, saya hanya makan ubat yang diberikan oleh KKM. Ibu mengandung perlu berhati2 dalam pegambilan ubat dan ubat mestilah sesuai untuk ibu mengandung. Jangan lupa makan makanan yang sihat dan banyakkan minum air. Insyaallah semuanya akan okay. Skrg kandungan saya dah masuk 35 minggu, dan alhamdulillah saya rasa sihat seperti biasa.
Baca lagi

