Kerja Atau Baby?

Assalamualaikum. Sy baru je tahu sy pregnant. Baru 7 minggu. Sy pernah keguguran 2 kali pd awal kehamilan tahun 2016 dan 2018. Dah 4 tahun berkahwin. Belum lagi Allah kurniakan cahaya mata. Tiba2 je sy mengandung. Happy sgt. Tapi sy ada urusan kerja, kena travel dari melaka ke jb. Sy risau sgt. Yela. Bukan bersama sekali terus lekat. Setiap bulan mengalir air mata. Masalahnya skrg bos x kasi. Dia suruh pergi gak. Dia kata dulu anak dia masih menyusu, dia xde bagi alasan utk travel urusan kerja. Yeke sy ni manja? Baru mengandung dah xnk travel sikit. Yeke? Hm.. (T.T) Doktor pun dah pesan kena byk bedrest dan jgn travel jauh dulu. Yela. Bkn senang nk lekat. Apa pandangan korang? ??

36 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

anak dia menyusu kita ni nk buat anak pun tak lepas lagi tapi sy xpelik dgn bos yg jenis xconsiderate macam tu sbb mmg wujud...jujurnya klau sy jadi sis pun mmg dilemma yg teramat. apa tidaknya, zaman skrg ni kerja pun penting...nk dpt kerja zmn skrg bukan sng especially ikut kelulusan kita. org akan cakap duit xmenjamin kebahagian bla bla bla tp tu anak nak keluar tu banyak pakai duit.. tapi bila fikir yg dalam perut tu, usaha kita, air mata, caci maki manusia...macam2 lg lah yg kita nk kena hadap hanya kerana susahnya kita utk ditakdirkn merasa adanya zuriat sendiri jadi tentu saja zuriat yg kita kandungkan sgt sgt sgt berharga...ingat satu benda, suami akan tinggalkan kita, sahabat akan pulaukan kita, keluarga mungkin akan bencikan kita...tapi Allah sentiasa ada utk kita. istikharah dan minta petunjuk dgn Dia...insyaAllah semoga dipermudahkan. lagi satu minta nasihat doctor...maybe tubuh sis sgt kuat boleh travel.

Baca lagi