Placenta Previa

Assalamualaikum semua , saya sekarang kena stay di hospital sampai bersalin disebabkan masalah placenta previa stage 3. Saya dah stay kat sini since 27 Ogos . Saya bleeding teruk waktu kandungan 29 weeks , sekarang saya dah nak masuk 30 weeks . Saya akan bersalin secara czer . Mommies diluar sana yang tahu ada masalah uri dibawah diawal kandungan , tolong lah jangan banyak bergerak dan bed rest . Disebabkan saya degil dan suka ke sana ke sini , 26 Ogos jam 9.30pm , darah keluar secara tiba tiba sewaktu saya tengah baring , tanpa ada rasa sakit . Banyak nya darah mcm air yang mengalir tanpa henti . Jadi , mommies semua tolong doakan saya dengan baby selamat dan sihat ya ❤️❤️. Anak first saya ni .

23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

waalaikummussalam.. semoga d permudahkn urusan