Komen untuk saya bacakan doa di Tanah suci

Assalamualaikum semua ibu-ibu, bakal-bakal ibu dan ttcians yang sedang menantikan zuriat sama seperti saya. Saya ttc 1 tahun lebih dan inshaa Allah minggu hadapan saya akan menunaikan ibadah umrah. So, saya berniat nak spend masa untuk bacakan doa-doa puan-puan semua kat sana nanti. Inshaa Allah. Jadi, anyone yang nak saya tolong bacakan doa boleh komen kat bawah. InshaaAllah. Sama2 kita doakan supaya Allah makbulkan doa kita. Doakan saya selamat pergi dan balik ye dan semoga ibadah umrah saya diterima oleh Allah SWT.

88 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Waalaikimsalam. Terima kasih ye untuk peluang doa. Mohon puan doakan Saya Nuramalina binti Noraini & suami Aziz Bin Othman serta anak yg masih dalam kandungan ini sentiasa berada dalam rahmat allah, selamat dunia akhirat, dipermudahkan amal ibadahnya 2. Semoga allah jadikan anak dalam rahim ini sempurna kesihatannya, fizikalnya, mentalnya juga. Dan lahir ke dunia pada masa dan keadaan yang baik. Menjadi anak yang selalu kuat ibadahnya dan menyenangkan orang tua dan orang disekelilingnya 3. Semoga kedua ibu bapa saya serta seluruh ahli keluarga saya dan suami dapat pimpinan kejalan yg baik oleh allah dan diterima semua amal ibadahnya oleh allah. Aminn 4. Semoga kita semua terhindar dari fitnatul dajjal. Aminn 5. Semoga puan dan keluarga, allah memberi nikmat yg diluar jangka. Dan didatangkan perkara yg baik2 sahaja. Serta ditutup aibnya oleh allah serapat rapatnya.

Baca lagi