Berpantang sendirian.

Assalamualaikum. Saya nak Tanya? Adakah rakan2 di sini yang berpantng seorang diri di rumah tanpa suami dan keluarga? Boleh kongsi pengalaman kamu? Kuat kah Kita untuk berpantang seorang diri? Keluarga saya jauh di zon merah tempoh pkpb ni. Saya seorang je di rumah. Saya dah plan untuk buat jadual aktiviti pantang dan masak makanan pantang sendiri. Belajar penjagaan bayi melalui YouTube.. Saya cuma takut satu sahaja... adakah Saya boleh handle sendiri kalau Saya kuatkan semangat?Saya Tak Ada saudara mara sini...Saya ada diri saya sahaja& kereta untk bantu saya bergerak ke hospital or klinik or beli barang.

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya berpantang sendiri. Suami ada tolong tapi selalunya siang malam dia kerja. Kdg2 je ada kat rumah. Sebelum lahirkan baby beli barang mentah macam ayam ikan, siang dan potong siap2 at least untuk seminggu atau 2 minggu pertama. Sayur pun boleh beli basuh, rendam dalam air. Toskan dan isi dalam bekas. Nanti bila nak berpantang senang je masak. Baby memang akan nangis, jadi awak prepare mentally, dan kena menyusu setiap sejam dua. Masa baby tidur awak tidur sekali. Awal2 ni kerapkan menyusu. Kalau baby tidur awak kejut kan 2 3 jam sekali. Nak elakkan kuning. Kalau baby kuning nanti awak kena kerap pergi klinik sbb nak check jaundice, susah pula nak ulang alik selalu. Kalau ada bajet lebih boleh guna Grab utk bawakan awak. Beli set berpantang siap2. Belajar guna bengkung kt YouTube. Saya ikat sendiri bengkung. Kalau nak senang boleh beli yang wrap. Sediakan makanan ringan, macam biskut kering dan kopi untuk awak alas perut bila lapar menyusukan baby. Semua barang baby dan berpantang awak asingkan siap2, basuh yg mana patut. Jadi semua tersedia sekurang-kurangnya utk minggu pertama.utk 2 minggu lagi elok. Minggu seterusnya biasakan basuh baju selang 2 atau 3 hari. Jadi tak la banyak kena basuh. Kalau awal2 kita dah mentally prepared InsyaAllah boleh. Ni kali ke 3 saya berpantang sendiri.

Baca lagi
5y ago

terima kasihhhh bagi tips.. sy pun akan pantang sendiri.. doakan sy yaaa.. minggu depan genap 9 bulan dh..