Berpantang sendirian.
Assalamualaikum. Saya nak Tanya? Adakah rakan2 di sini yang berpantng seorang diri di rumah tanpa suami dan keluarga? Boleh kongsi pengalaman kamu? Kuat kah Kita untuk berpantang seorang diri? Keluarga saya jauh di zon merah tempoh pkpb ni. Saya seorang je di rumah. Saya dah plan untuk buat jadual aktiviti pantang dan masak makanan pantang sendiri. Belajar penjagaan bayi melalui YouTube.. Saya cuma takut satu sahaja... adakah Saya boleh handle sendiri kalau Saya kuatkan semangat?Saya Tak Ada saudara mara sini...Saya ada diri saya sahaja& kereta untk bantu saya bergerak ke hospital or klinik or beli barang.
Saya berpantang sendiri. Suami ada tolong tapi selalunya siang malam dia kerja. Kdg2 je ada kat rumah. Sebelum lahirkan baby beli barang mentah macam ayam ikan, siang dan potong siap2 at least untuk seminggu atau 2 minggu pertama. Sayur pun boleh beli basuh, rendam dalam air. Toskan dan isi dalam bekas. Nanti bila nak berpantang senang je masak. Baby memang akan nangis, jadi awak prepare mentally, dan kena menyusu setiap sejam dua. Masa baby tidur awak tidur sekali. Awal2 ni kerapkan menyusu. Kalau baby tidur awak kejut kan 2 3 jam sekali. Nak elakkan kuning. Kalau baby kuning nanti awak kena kerap pergi klinik sbb nak check jaundice, susah pula nak ulang alik selalu. Kalau ada bajet lebih boleh guna Grab utk bawakan awak. Beli set berpantang siap2. Belajar guna bengkung kt YouTube. Saya ikat sendiri bengkung. Kalau nak senang boleh beli yang wrap. Sediakan makanan ringan, macam biskut kering dan kopi untuk awak alas perut bila lapar menyusukan baby. Semua barang baby dan berpantang awak asingkan siap2, basuh yg mana patut. Jadi semua tersedia sekurang-kurangnya utk minggu pertama.utk 2 minggu lagi elok. Minggu seterusnya biasakan basuh baju selang 2 atau 3 hari. Jadi tak la banyak kena basuh. Kalau awal2 kita dah mentally prepared InsyaAllah boleh. Ni kali ke 3 saya berpantang sendiri.
Baca lagicari la confinement lady..yang ambil upah untuk jaga waktu berpantang. banyak pakej yg ditawarkan itu bilangan hari. saya sendiri dlm perancangan utk ambil CL memandangkan akan berpantang dgn suami. Awal² ni perlukan masa utk rehat. bila ada CL boleh bantu utk urut, masak, jaga babi dan cuci pakaian baby. cuba la tgk di fb mana agensi tawarkan di tempat awak. dh banyak agensi buat utk semenanjung.
Baca lagiorg bpntg ni emosi laen sis.. even skrg ni sis rse sis ok, tp bile smpi mse nye nnt akn jd laen.. pndpt sy, biar la bteman.. pastu nnt awal2 bpntg nk mndi kn bby pn kdg2 xmmpu.. bdn lemah, luka sakit.. dgn xckup tido.. tmbh plak kalo ank demm kuning, mintk jauh laa kn.. tp possiblity tu kita kne laa fkir awal2 sis.. sy hrp allah mudahkn urusan sis ye.. amin🤲🏼
Baca lagiKlu boleh ajak kawan atau sesiapa temankan utk 1-2 minggu pertama. Sbb masa tu badan ibu masih lemah. Emosi pun boleh terjejas. Bila dah kuat sikit baru Puan boleh handle sendiri. Saya doakan Puan terus kuat semangat utk bayi Puan dan semoga segala urusan Puan berjalan lancar. Amin.. InsyaAllah.
better berteman wlaupun rasa mampu utk sendiri. bdn kita letih, mental pun jadi letih bila dh beranak. kdg ank nangis xberenti kita jadi stress. so carilah sorang tlg jagakan. at least ank nangis ke apa... awk xkeseorangan utk handle.
Bahaya sorg2. At least kne ade seorg teman, walaupun sekadar teman. Jage anak sorg2 & masak boleh lg. Takut ape2 jadi, xde sape nk tlg. Pegi and balik hospital pn kne org anta, beli brg pn awal2 bersalin mesti xlarat.
Nasihat saya..kena ada orang teman..emosi n keupayaan kita tak sama semasa pantang..banyak benda nak handle..maybe skrg fikir boleh handle tapi masa pantang tu memang tak mampu
bahaya sis brpantang sndiri.kalau ada apa2 susah nnt.kalau dpt biarla brteman.lps brsalin body kena jaga bgus2..just hati2 je la.takut apa2 jd kan.sis pjj ke dgn suami?
Kita samaaa ❤️❤️ semoga dipermudahkan urusan kita dan ibu-ibu yg bakal melahirkan 🥰
suami sis?
Mak satu anak