Saya tersangat buntu
Assalamualaikum. Saya memerlukan nasihat dan juga kata2 mutiara daripada para ibu. Mertua saya boleh dikatakan hampir setiap minggu mahu berjumpa dengan cucunya (cucu pertama). Hampir setiap minggu akan msg suami saya dan bertanya/suruh balik. Kalau kami tidak balik ke rumahnya, mereka akan datang ke rumah kami. Susah untuk saya describe perasaan itu tapi kini sudah hampir setahun lebih, situasinya masih sama. Saya kadang sampai tidak bercakap dengan suami disebabkan perkara itu. Rasa penat hampir setiap minggu bergaduh dengan suami tentang benda yang sama. Jawapannya tetap sama, dia tak boleh buat apa2. Saya seorang suri rumah. Kadang sabtu ahad la dapat pergi kemana2/buat aktiviti bersama anak dan juga suami. Saya buntu… kadang duduk rumah, tambah pula keseorangan boleh jadi kemurungan. Sabar saya sudah hampir sampai ke penghujungnya :/