βœ•

Putus Harapan

Assalamualaikum salam Ramadhan buat semua.. Harapnya semua ibu ibu sihat walafiat.. Saya bukanlah tidak dapat terima takdir Allah. Bukan juga tidak redha. Tapi kadang2 saya tak kuat juga. Apalah daya saya sebagai seorang hamba selain dari menangis dan merintih. Saya dibesarkan dalam keluarga yang cukup agama. Dibesarkan dalam keluarga yang cukup besar. Saya dibesarkan dengan mengenal Tuhan sedari kecil. Dikurniakan suami juga datangnya dari keluarga yang beragama. Alhamdulillah saya dikurniakan ibu ayah mentua yang sangat baik. Ipar duai yang sangat rapat. Saya menantu sulong. Saya mahu bercerita disini kerana hanya ibu ibu disini yang memahami hati saya. Bukanlah saya tidak meluahkan sedih pada Allah, tapi itu biarlah hanya saya dengan Tuhan sahaja. Saya sudah berkahwin dengan suami selama 1tahun 9bulan. Lagi 3 bulan akan cukup 2 tahun usia perkahwinan kami. Dalam tempoh itu saya telah mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Bermacam macam usaha kami suami isteri cuba. Berdoa, hafal zikir2 yang baik untuk mendapatkan zuriat, apa saja alim ulama bagitahu, suruh amalkan, suruh hafal kami suami isteri buat. Hafal, baca setiap malam lepas solat, baca dan baca mengharapkan ada keajaiban Allah buat kami. Itu hal rohani, secara zahirnya kami juga pergi berurut, kami amalkan minuman sunnah, makanan sunnah, kami beli supplemen untuk kesuburan lelaki, makan asid folid, amalkan makan kurma ajwa dan bermacam macam usaha kami lakukan untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki pada kami suami isteri. Bila saya tahu saya mengandung, saya amalkan bacaan Al Quran, saya zikir setiap masa, zikir supaya bayi membesar dgn sihat, zikir supaya bayi tidak keguguran, setiap masa hati saya ingat. Saya perlahankan semua aktiviti. Saya rehat, saya bedrest. Tapi Allah itu Maha Baik, Dia Maha Memberi, Dia boleh mengambil. Pada awalnya, saya menangis semahu saya. Saya merintih pada tuhan. Saya ceritakan kebahagiaan kami dan kedukaan kami satu persatu pada Allah walaupun Allah lebih mengetahui jalan hidup saya. Saya jadikan Allah tempat bercerita walhal Allah lah yang mengatur jalan cerita saya. Suami seorang yang sangat tenang, bait katanya melembutkan hati. Lama lama saya redha. Redha dengan ketentuan Ilahi. Lama pula kami merancang. Pergi ke klinik pakar untuk check, beli pula ubat ubatan yang bagus, beli kapsul tongkat ali, beli jus bermacam jus. Makan makanan sunnah, berdoa, bangun solat malam, bermacam2 usaha kami cuba lagi. Saya doa pada Allah "Ya Allah, Ramadhan ini aku mahu hamil" saya ulangi doa ini sehingga seminggu sebelum ramadhan saya disahkan hamil.. Kali ini Allah saja yang tahu betapa saya menjaga diri dan kandungan. Suami tidak izinkan kerja rumah satupun saya buat. Semua suami buatkan dari cuci baju, sidai, angkat, lipat dan semuanya. Padahal suami pun penat pulang dari kerja sambung kerja rumah. Ditakdir, kandungan saya gugur juga. Kali ini, ujian nya lebih lagi sebab kena refer pada pakar O&G. Masa dalam bleeding saya berdoa, saya merayu, saya menangis, saya meminta keajaiban Allah menjaga kandungan saya. Saya letakkan pengharapan yang tinggi, saya tidak putus doa, tidak putus asa. Tapi, apalah daya saya sebagai seorang hamba. Tentunya kuasa Allah melebihi segala galanya. Saya keguguran juga, kali ini tiada lagi air mata. Kali ini, hanya mampu diam dan menerima sebulatnya. Redha? Sudah lama redha. Cuma saya agak terkilan, bukanlah tidak menerima ketentuan Allah, tapi saya juga manusia biasa yang rapuh hatinya juga terkadang rapuh imannya. Saya dikelilingi dengan orang yang saya kenali. Bukan mahu buka aib, cuma saya agak sedih.. Kenapa Allah mudahkan urusan orang lain. Dikawasan rumah saya, kawan saya juga, masa kami sekolah dulu dia selalu lari rumah dan datang rumah saya, dia bagitahu ibu dia pukul sebab kantoi dengan lelaki dalam bilik. Dia juga bagitahu, dia sudah tidak ada dara. Dan sekarang, dia kahwin dengan suaminya yang dia kantoi dulu. Anaknya sudah ramai. 3 orang nak masuk 4 orang. Malah kandungan dia sihat, tidak ada apa masalah. Saya dikelilingi dengan orang yang maaf sangat saya katakan.. Orang yang tidak tutup aurat, Allah beri dia anak. Orang yang berzina, Allah beri dia anak. Orang yang hisap dadah, Allah beri dia anak. Orang yang hidup merempat, Allah beri dia anak. Kadang fikiran waras saya kata anak itu sebagai penolongnya. Tapi jika fikiran saya sedih, saya kata kenapa Allah beri anak pada dia sedangkan kami semua melihat anaknya tidak membesar dengan baik dan akhirnya meninggal kerana cuai sikap ibu dan ayah. Senang mereka dapat zuriat. Kadang saya cemburu, tapi saya sedar Allah Maha Mengetahuai. Ada nasihat untuk saya? Jika ada, bagitahu lah. Saya mendengar dan menerima.

66 Balas

Sis, Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya faham sgt keluh kesah sis. Tapi sis kene banyak bersabar, banyak2 terima qada Dan qadar. Allah akan beri rezeki anak, bila tiba masanya nanti. Jangan sis gundah gulana. Jangan jugak sis cuba salahkan takdir, semua ketentuan ade kebaikan. Saya dah berkawin 6 tahun, baru dikurniakan anak yg kiut miut. Dalam tempoh 6 tahun, saya gugur 2 kali. Dengan usia Saya yg semakin meningkat, kami suami isteri decide utk fikir Kalau ditakdirkan kami berdua - xpelah kami terima. Tapi pagi hening, Ramadhan itu, kami dikejutkan dgn 2 lines. Nak ckp beli test mengandung tuh, sampai org kt farmasi dh kenal Saya. Saya sampai tukar farmasi sebab malu. Tp tiap kali lewat, saya tetap test - mane nak tau kan. Pagi itu, saya sampai dh xmo tengok result sebab saya tau, 6 tahun ini saya hanya nmpk 1 line saje. But that morning, Ramadhan 2019, ade 2 lines. Saya terkejut. Lama saya diam. Allah akan berikan anak bila tiba masanya. Dan saya dengan suami menanti selama 6 tahun. Umur Saya bukan 20an lg, dh mid 30. Tp kala kami hampir terima kenyataan kami takdir tinggal bedua - our little sunshine came in. Jangan giveup. Sis boleh.

Allahu.. Menangis saya baca.. Alhamdulillah untuk penantian selama 6 tahun.. Benarlah Allah bagi tepat pada waktunya..❀❀

Semoga terus kuat sis. Saya ingin berkongsi rasa. Saya berkahwin hampir lapan tahun. Saya mengalami 4 kali keguguran di awal trimester 1 dan kali ke5 barulah kandungan ini berjaya. Kandungan sebelum ni memang sy cuba jaga sebaiknya smpai pernah cuti tanpa gaji. Ditakdirkan semuanya gugur. Tapi kandungan kali ni sy nekad tetap bekerja. Saya tanamkan dalam hati jika ditakdirkan untuk saya, ada rezeki baby ni. Alhamdulillah saya selamat melahirkan pada Mac lepas. Sy juga selalu berdoa agar bila sy mengandung semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah Allah Maha Mendengar. Alahan selama 4 bulan. Ada gdm tapi control diet sahaja. Hb baik2 je. Apa yg sy boleh katakan, teruslah kuat. Jangan terlalu fokus pada soal anak. Bahagiakan diri sendiri, keluarga dan lain2 aktiviti. Allah beri rezeki lain dulu sebelum bagi anak. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Inshaallah ada rezeki sis nanti. Cuma perlu kuat, tenang dan banyakkan bersabar. Memang itu shj ubatnya. Jangan menyalahkan diri sendiri. Banyakkan bersedekah dan selalu doakan supaya kita dan orang lain selalu dipermudahkan urusan. Itu apa yg saya pernah buat. Semoga dipermudahkan utk sis.

Allahu.. Menangis saya baca komen2 kat sini.. Terima kasih sis sedikit sebanyak sedarkan saya saat sedih macam ni.. Tahniah buat sis dan suami.. Alhamdulillah utk ujian ini.. Semoga Allah merahmati sis dan keluarga..❀

Sis, sebelum ada anak ni kan kita ada baanyaakk sgt masa utk diri sendiri. Boleh mandi berejam, mkn berejam, lepak tido pn berejam tanpa ada gangguan si kecil. Jadi enjoy the moment, buatlah apa yg sis teringin sgt nk lakukan masa ni, klu minat baking ke, baca buku ke layan drama movie ke buat je. Nti habis PKPB ni boleh plan pg holiday dgn husband ke sana sini. Sebab nanti bila dh ada si kecil aktiviti kita mgkin akan sedikit terbatas. Sy faham fasa PKPB ni ramai yg stress, termasuklah sy juga. Tendency we locked ourselves with our own thoughts. Kita berada di dlm gua pemikiran kita, mcm2 kita fikir yg baik buruk masa lampau semua ada. Kita kena cari jln utk keluar dari gua pemikiran kita ni supaya tak terperangkap lebih lama. Lagi lama lagi buruk kesannya. Boleh effect kesihatan kita pula. Kita cuba divert mindset kita ke arah lain, sibukkan dgn aktiviti yg dpt lupakan kesedihan kita ni. Sy pun tgh buat perkara yg sama. Pasal urusan anak pula, berserah saja pada qada & qadar sebab perkara ni mmg diluar kemampuan kita, semuanya urusan Allah. Kena yakin satu hari nti akan ada rezeki anak buat sis dan suami Insya Allah.

Sis.. jangan fikir begitu.. Memang terkadang mereka yang melakukan dosa senang diberi zuriat oleh tuhan namun ujian dia lebih perit berbanding mereka yang tak dikurniakan zuriat.. Mereka ditindas, dibenci dihina malah dibuang oleh keluarga mereka sndiri. bukan tu sahaja.. Mereka tertekan dengan dugaan untuk menyara diri sndiri dan ank yang ada. Dalam keadaan tidak bersedia Mereka terpaksa belajar menjaga bayi yang tidak berdosa sehinggakan terpaksa buang bayi disana sini kerana tiada siapa yang menyokong menjaga mahupun memberi semangat.. Sis ada keluarga yang tinggi pegangannya.. yang tidak menghukum dan tidak memerli kekurangan sis.. sesetengah orang sampai dikata mandul kerana lambat dapat zuriat.. Syukuri sis masih diberi kesihatan yang baik walaupun keguguran 3 kali.. rezeki allah itu luas.. Jangan risau.. Mungkin Allah nak sis lebih bersedia... Nikmati masa yang ada bersama suami.. Tak semua orang mendapat perhatian suami.. tak semua orang dapat suami yang lakukan kerja rumah.. Dan tak semua orang dapat suami yang menjaga hati isteri.. Selalu positif, istigfar, dan tenangkan diri..

VIP Member

brtabahlah puan..redha redha dan redha..ikhlas hati..tenang..sy 5 tahun menunggu,dari makan hati dgr org ckp2 sampai la tenang jiwa..sabar..kita manusia biasa, manusia yg Allah da bg perasaan sedih,kecewa,kita ada perasaan tu,mengadu dan berserah je pd Allah..tiap2 bulan sy brharap upt positif tp negatif yg sy dpt, awal2 sy kecewa,tp lama2 sy redha..selalu doa dan ckp kt diri sndiri, klu ada bahagian aku,Allah bgkan la petunjuk..2 tahun lepas sy gugur,sy xtau yg sy mengandung masa tu,pedih..tp sy ckp kt diri sndiri xpe la,sekurang2nya sy tahu sy blh mengandung..sy x alim,sy pun byk dosa..tiap2 kali dgr org trdekat mengandung sy cemburu,sy nanges,tp sy cepat2 fikir positif mungkin bukan masa yg sesuai lg.. 27 ramadhan tahun lepas sy dpt petunjuk yg sy mengandung..Alhamdulillah sy dpt apa yg sy nk..sebulan kemudian suami dpt kje gov,Alhamdulillah ini bahagian kami..sekarang bby sy da 3 bulan lebih..puan jgn risau, mungkin Allah ada rencana lain untuk puan,perjalan ttc yg indah..sy doakan puan diberikan rezeki zuriat yg soleh solehah..☺️

Jgn begitu puan. Umur perkahwinan puan masih baru lagi. Lebih kurang sama mcm sy. Sy pun pernah keguguran..sy mengerti perasaan kehilangan tu. Apa yg sy buat, sy cuba bahagiakan diri sy dlu. Dlu sy stress dgn takdir sy, belajar tinggi tp xdpt kje..sy stress dgn pandangan org terutama family sendiri terhadap sy. Lepas keguguran sy bangkit balik buat bisnes sendiri sy cuba macam2 supaya sy sendiri bahagia. Bila sy bahagia alhamdulillah Allah kurniakan rezeki mengandung lagi sekali. Bila sy dh xfikir kenapa..baru Allah bagi. Mungkin sebenarnya kat situlah letaknya redha. Allah dh tetapkan rezeki kita.. InsyaAllah kita akan dpt sesuai waktunya. Kita bersedih dgn kehilangan, persoalkan rezeki kita, adakah kita sedang mempersoalkan ketentuan Allah sedangkan Allah yg Maha Mengetahui apa yg ada di depan dan belakang kita? Byk lagi masa puan, abang ipar sy 7 thn kahwin baru dpt anak. Tgk la yg lebih susah drp kita. Ada anak ramai ujian, takde anak pun ujian. Moga puan bertabahlah. Semoga ada rezeki untuk puan nanti.

Cuba jangan terlampau fikirkan soal anak. Enjoy alam perkahwinan, bila someone yang terdekat mengandung awak happy untuk dia, anggap macam anak sendiri. Macam saya, kakak ipar baru berapa bulan kawin terus lekat. Saya happy untuk dia, saya hadiahkan barang baby. Dengan kawan kawan pun saya macam tu. Walaupun risau, (sbb saya ni jenis kalau period memang senggugut teruk. Saya risau ada penyakit lain je) mak saya pesan 'mak dulu setahun baru dapat anak'. Tup tup genap setahun saya pregnant. Selama setahun berdua tu, saya seronok. Dating keluar makan dgn suami, tak perlu risau pasal anak, tanggungjawab. Saya cadangkan enjoy dulu, ada orang lebih 10 tahun takde anak. Saya faham perasaan nak anak tu membuak buak bila tgk orang lain ada anak. Ini dugaan untuk awak, bersyukur family awak dalam kalangan yang beriman. Suami yang cukup memahami cuma biasalah hati kita siapa tahu kan Saya doakan apa yang awak hajati tercapai. Semoga dikurniakan rezeki anak, awak sabar okay? 😊😊😊

Ummmm bersabar je mampu yg sye mampu ckp. Saya berkahwin 6 tahun baru diberikan peluang untk hamil. Sepanjang 6 tahun perkahwinan sya keguguran 2 kali. Sebelum disahkan hmil saya diduga oleh Allah, husband saya curang dengan perempuan lain and berjanji untuk berkahwin dengan perempuan tu sebab perempuan tu hamil tapi dengan anak lelaki lain. Saya keguguran yang kedua semasa saya tgh frust husband curang and sye dimaki tanpa belas kasihan hanya sebab x membenarkan dia kawin kedua. Sye berpantang sorg sorg. Tapi selepas 3 bulan sye hamil semula. Tapi husband x percaya smpai la sye start sarat baru die start amik berat. Semasa berpantang hari hari sye sujud pada Allah mgadu nasib and meminta diberikan anugerah utk hamil lgi. Alhamdullilah anak saya skrg dah 9 bulan and skrg sye hamil anak kedua. Percaya la pada Allah. 6 tahun pernantian tu.

Indah ujian sis.. Pandanglah ujian itu dengan rasa indah sebab Allah nak beri sesuatu yang baik.. Semoga rumahtangga sis dan suami berkekalan hingga akhir hayat..❀❀

VIP Member

jangan bersangka buruk terhadap rezeki orang lain dan jangan terlalu negatif. maaf kalau saya kasar tp sis dah luar dari permikiran . jaga diri jaga mentality. kadang2 kita terlalu banyak fikir sehingga tak sedar kita musnahkan diri sendiri . percaya qada dan qadar Allah! fikir juga keadaan orang lain yg kahwin 4 5 tahun masih belum ada anak tp sekeliling dihina dan dicaci, fikir juga pasangan 4 5 tahun kahwin tp gugur lebih dari sis lama kelamaan Allah bagi rezeki bila tiba masa. Allah uji bukan dr mana dan siapa sis tp Allah uji untuk tengok sejauh mana kita redha seikhlas nya. mungkin bagi saya sis terlalu letak harapan yg tinggi pada zuriat,bukan saya nak kata tak boleh berharap tp ada limitnya. semoga sis dapat bersihkan hati dr bersangka buruk pada rezeki Allah. in shaa allah ada rezeki akan tiba. banyakkan bersabar.

Dah,xpyh menegak kn benang yg basah...

Berhenti la berharap.maksud nya jgn menunjuk2 atau jgn terlampau meminta2 kemahuan nak anak..bkn nya xnak anak..kadang kala bila kita minta2 bila da mengandung br bpe minggu xcited,bgtau semua org,dok ckp2 ngn bby dlm perot,sedangkan perot kecik br bpe week.bila kita berharap tu la ada ujian nya nti.tu pendapat saya yg pernah keguguran kembar dlu..mmg sedih menanges xsudah..putus harapan..lps 3bln moody tetiba cek 2line..saya buat xtahu je..buat kerja rumah mcm biasa..g cek up mcm biasa.xheboh ke org...kndungan 4bulan br bgtau mak adik beradik..alhamdulillah dr ank 1st mmg kehidupan susah...skrg ank 4 dah hidup sedikit senang bia pun xmewah menumpang rumah mak tapi alhamdulillah lah duit lebih share mak ayh adik beradik beli tv ke kipas ke blnje mkn ke

Soalan popular